~LOSS...

Pemergian MAK ke Rahmatullah menjangkau usia minggu,hal nyata masih perit untuk diterima...sigh...
Di tempat kerja,tatkala mendapat berita "Pemergian" ibu kawan sekerja,tatkala keadaan menjadi blur jap,rakan mula berbicara:

Bro.M: Beb,ko tengok...hebat kan tahun 2009 ni...

Rizorm23: Meaning...?

Bro.M : Yela,ko tengok;tahun ni kita di uji untuk terima kehilangan yang besar dalam hidup...awal2 tahun lagi mak ku da "di ambilNYA",minggu lepas "turn" kau,tak sangka plak da hujung2 pun member kita terima nasib yang sama cam kita...semuanya tanpa diduga...macam2 dugaan kita terima,kan?!

Rizorm23: erm...tersangat laa betulnya tu...(aku termangu...kenangkan apa yang "diterima" diri)

Allah Maha Mengetahui segalanya;Dia menguji kita mana yang termampu diterima oleh diri kita...tak lebih,tak kurang...tiap satu ada hikmah disebaliknya...Redha jelee...agak2 what's in stores for us in 2010?! hmmmm...makes me wonder...!




RIZORM23: Maaf,bukan niat nak tagih simpati,hanya berkongsi rasa hearty,sambil2 ceriakan diri,bukan laa "blogging" syok sendiri...(sendiri buat,sendiri baca watpe,pe cer,ye tak?!)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~WORSHIP...?

"Mengapa sering dipuja si punca duka,

Adakah kita buta,

Atau dia yang tidak punya rasa?"


( Fakhrul Anour)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~IN MEMORY...

Agak lama juga aku memikirkan samada untuk keluarkan@tak post ni...tiap kali cuba buat,tiap kali tu gak laa mata bergenang...sigh...


Ayah: “malam ni kita sama-sama “jaga” mak buat kali terakhir,ye...”


Semalaman tu aku rasa cam agak tenang,indah dalam hiba...aku dan adik,sambil2 mengalunkan bacaan Yasin,sesekali juga "mengerekot" di sisi mak;bagaikan anak kecil di sisi ibu yang mendodoikan mereka...sesekali aku memandang ke arah mak,sesekali juga aku mengharapkan mak “bangkit” semula,mengusap kepala anak2nya yang nakal ini...tapi tu semua takkan berlaku...
entahlaa,taktau nak kata pe lagi,tu jela,tak niat nak bebel banyak pun...

"Andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh dengan Pencipta Kehidupan,pasti setiap detik kamu akan merindui saat sebuah kematian. Dan kita semua ini sebenarnya sedang berada dalam permulaan perjalanan sebuah akhiran"

RIZORM23: May you rest in Peace,till the end of the day,dear mak...with love from us all,our pray always for you...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~MOURNING DAY...

Seperti yang aku gitau pada post sebelum ni,plan aku tak dapat dijalankan dengan jayanya,tapi aku akur,DIA lebih ketahui segalanya...

Sejak keluar wad,keadaan mak ku tak begitu memberangsangkan...pada awalnya agak menyenangkan namun tak lama...
Seperti biasa aku gi kerja hari tu walaupun hearty kat rumah... tak cecah jam 10a.m. bapak da suruh call sedara-mara belah mak aku,minta datang...kira ok lagi laa tapi x lama pastu call lagi minta aku balik tengahhari...aah sudah! makin tak tenteram hearty ku jadinya...Mengatasi kelajuan cahaya,dengan gegasnya aku balik,keluarkan segala skill pemanduan yang jarang2 aku praktikkan...

Tiba rumah,segala suku-sakat da duk berlonggok dekat mak aku...bapak ku da usap2 kepala mak ku yang da memang nampak "down" habis masa tu...(masa ni mata da bergenang,tapi ku tahan jebat!!!)... aku terjah jer sapa yang menyerimpungi laluanku,sama2 usap kepala mak ku;takde respon cam hari2 yang lepas...

Ramai yang cuba membantu...segala ikhtiar dibuat;mak jadi begitu lemah kerana tak dapat "terima" makanan,menjadikannya begitu,makan je konfem keluar semula...masing2 cuba tenteramkan aku & ayah...aku tengok ayah letih sangat tapi masih mampu bertahan...(rasa sakit plak bila cuba tahan mata yang bergenang)...

Bila pompuan wat kijer da tentu laa x sama cam lelaki wat...maka apa jer yang orang kata masa tu aku wat jer tanpa banyak bunyi...mereka lebih tau,sambil tu belajar laa kan...makin petang mak cam bertenaga sikit tapi masih "flat" lagi...pabila makcik aku a.k.a. the 1 & only left kakaknya serta makngah a.k.a. kakak ipar paling rapat tiba,semangat mak ada laa naik sikit,nampak ada tersenyum sikit,syukur gak laa aku...

2nd DAY;mak masih lemah,lagi laa seharian walaupun aku cuba mencuit hatinya;takdenya dia nak tersenyum...mati akal aku jadinya...sigh...masing2 da kata;walaucamnapun sentiasalah bersama mak buat masa ni...

RIZORM23: aku cuma nak kata;

1. takde apa yang lebih menggembirakan aku dari melihat mak tersenyum walaupun dalam keadaannya begitu buat masa ni...

2. terima kasih buat JULI_BCC kerana sudi membantu kami sekeluarga tanpa rasa jemu..I owe U & UR family alot!!!

3. terima kasih buat MIFV,S'MAN,SHAMSUL & Wife,CheguPK kerana sudi menziarahi kami(sekadar sebut beberapa nama)! Tersenyum aku melihat teletah anak shamsul yang masih kecil,memicit2 kaki mak...CheguPK hulurkan buku niIa sangat membantu,Thanx Chegu!!!

4. Maaf lagi sekali buat HARO kerana tak dapat teruskan dengan plan kita(alaaar ko dapat main sama anak sedara pun da kira ok laa tu,menjadi laa gak...)

5. "GOOD FRIENDS WE LOST,GOOD FRIENDS WE HAVE...ALONG THE WAY..."

6. err baru perasan...da 2hari aku tak jamah nasi & skip ubat...sigh...patut laa rasa cam nak pecah jer mata ni...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SEEING IS BELIEVING!

Vettaikaran (Tamil)
"Vettaikaran" is an action film starring Vijay and Anushka. The film is said to have the usual commercial elements of any Vijay film and similar to his previous hit "Thirupachi". Vijay plays the role of an Auto driver and Anushka plays a medical student as his love interest.

Classification: PG13
Genre: Action / Romance
General Release Date: 18 Dec 2009
Running Time: 2 Hours 45 Minutes,
Distributor: Five Star
Cast: Vijay, Anushka Shetty
Director: Babu Sivan

Yaaa filem ni memang menarik,betul2 menarik perhatian aku...Tengok gaya hero jer da tau film ni penuh dengan aksi sumpah seranah,sepak terajang melayang jauh x hengat disamping "kejambuan " jalan critanya antara hero & heroin...
ramai giler orang malam tu yang majoritinya adalah bangsa india tapi tak kira laa crita apa kan,kita kan 1MALAYSIA;so kongsi bersama lee...ramai gak yang pelik bila aku tengok tentang film ni...so what,pe de hal...
FILEM: Avatar
ARAHAN: James Cameron
PELAKON: Michelle Rodriguez, Sam Worthington, Sigourney Weaver dan Stephen Lang
GENRE: Aksi / Sains Fiksyen
DURASI MASA: 161minit
TAYANGAN: 17 Disember 2009

Yaa kali ni aku gi tengok wayang sama member aku yang jarang amat berada di negeri kelahirannya ini;si HARO a.k.a. cikgu penan...pada awalnya ramai laa gak yang aku ajak sama tapi masing2 busy lee sesangat,lagipun ni kira terjah je,nak maghrib tu dapat idea sebegini rupa(memandangkan NURKASIH pun da takde now)...
filem start jam 9.20p.m.,ni laa kali ke-2 aku tengok wayang terkena full house,dapat seat baris 3 dari depan;mencanak lee gak leher untuk 2.5jam yang seterusnya...overall film ni memang buuueeessstttt!!!! memang kena dengan taste aku yang gemarkan film2 SCI-FI gini...kira cukup laa serba-serbinya pada film ni...
lebih kurang jam 12a.m. kitorang blah gi lepak kat mamak,mentekedarah jap
ni je menu aku...
Yaa...cikgu penan ni memang hebat dalam "melenyaplangsungkan" segala menu yang terhidang! baguih dok ada budak ni...penan makan western food!
Well dek kerana agak lama tak ketemu maka banyak laa gak yang kami diskusikan dalam pertemuan yang tak formal ini... Plan & re-plan apa yang aku & member lain cadang nak wat hujung minggu ni,cadangnya nak bowling lee gitu...borak,gelak tak hengat...tau2 daa jejak jam 2pagi...peh sok nak kijer lagi plak tu tapi maintain jela...
tapi....yelaa kan;bak kata orang;we propose,GOD dispose...
apa yang aku plan malam tu tak menjadi langsung pada hari minggu tu kerana...well takpe laa ku continue pada post yang lain...


RIZORM23: many of the topics that we discussed,makes me...grin...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~DILEMA TALAM 2MUKA!!!

Jake sully,sorang tentera marin lumpuh datang ke Pandora untuk program “AVATAR”. Diperkenalkan kepada avatarnya kat 1 makmal berkenaan program tersebut;penggabungan DNA manusia dan makhluk Na’vi (penduduk Pandora). Siapa sangka lepas dia bangun dari mesin Avatar & “menjadi” Na’vinya,penerokaannya terhadap dunia Pandora berubah pelik but menyeronokkan!!!

Manusia yang tiba perlu memakai topeng gas kerana udara di Pandora sangat beracun. Manusia sebenarnya nak menakluki Pandora untuk mendapatkan bahan mineral “Unobtanium” tetapi pencerobohan terus memusnahkan magnetik planet itu.
Unobtanium,bahan mineral bersifat superkonduktor bersuhu bilik yang menjadi rebutan manusia kat planet Pandora.

Pertikaian antara manusia & Na’vi memuncak sehingga jake dalam dilema untuk membantu sesebuah pihak.
Walaucamne pun ada satu je perkara yang pasti dalam setiap peperangan,yang menang jadi arang,yang kalah jadi abu! So,does it worth it?!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Enthusiastic...

"Bila cinta berkurang,harapan dalam diri juga sama,

Jika kita tahu ada orang yang sayangkan kita,

Ambil berat pasal kita,

Tentu kita akan hadapi hari esok

dengan penuh semangat...

percayalah!"

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~FAITHFUL...

"Cintailah dia sepenuhnya, Tapi tak salah menceriakan diri dengan meminati yang lain, Sebagai kawan mahupun peminat, Adakalanya perasaan ini cepat bosan dengan hanya seorang, Ceriakan hidup dengan perkara baru, Tapi yang seorang itu kekalkanlah."

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SENARIO H.S.A...

Minggu ni agak meletihkan & busy bagi aku (tapi xleh nak keluh)... Mak ku terpaksa dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan kerana serangan strok@angin ahmar(pada awalnya tak begitu serius)! Rabu,9/10,dibawa ke hospital BP tapi malam tu gak dah kena bawa ke HSA,JB... Menjajar laa gak seharian aku sefamily urus apa yang patut! Memang tak sangka mak akan kena lagi buat kali kedua... tapi kali ni kitorang(aku,ayah & adik aku) cuba kawal keadaan sebaiknya...lagipun semua lelaki,ada hal2 yang menghadkan tindakan kami,tu payah bila "takde" beradik pompuan...sigh...

2malam mak ditahan kat I.C.U.. Mulanya dikata akan dibuat Minor operation;bapak aku memang tak setuju,bangkang habis! Tapi mujur lepas Scan kali ke-2,tak perlu bedah...syukur... Aku sambil2 lihat keadaan persekitaran;yang masuk situ memang lee rata2 kes berat semua! 2hari kat situ,2orang gak lee jiran sama wad dengan mak ku yang meninggal dunia,tau2 da selubung sedara tu,aku hanya mampu doa yang terbaik buat mak...

Hari ke-3 mak dipindahkan ke wad Neurologi plak lepas keadaan mak agak terkawal...tapi dalam tempat tu pun masing2 masalah lebih kurang sama je...Ayah & aku bergilir jaga mak dari sehari ke sehari...

Ada beberapa insiden yang berlaku sepanjang aku di sana;da nama pun hospital kan...ketika aku duduk2 di ruang legar HSA,tiba2 aku dikejutkan oleh tangisan seorang boy,aku cuba amati apa yang berlaku,saudara-mara cuba tenteramkannya... Maknya meninggal dunia,aku ingat lagi makciknya gitau dia;"takpelaa,bia mak "pergi",redha,daripada mak terus tanggung sakit camtu...redha ye..."
aku betul2 tersentuh,hiba,kenang nasib family aku plak camna...sungguh,aku belum bersedia kehilangan orangtua aku...dan aku terus berdoa moga Dia terus melindungi mak...

Semalam plak Sultan Johor datang HSA,buat check-up kot...yang 'eskot' takyah cakap laa,berderet...tapi ku cuma amek pict kreta jelee,kot amekpict dia depan2 nanti kena lempang plak tak pasal2...

Tak lama lepas sultan berangkat balik,hujan,ada plak insiden lain...

Ntah apa ke gilanya sorang india ni,da laa tak reti sabar,main hon2 dalam area HSA...tapi tak lama pastu dapat "balasan"!! Tang selekoh boleh plak dia bawa laju2,haaa kau,devider tu gak ko sauk!!!! kalut gak tengok mamat tu....mujur tak melibatkan sebarang kemalangan jiwa(ayat skema)

well,sebenarnya,aku tak dapat nak fokus sangat dengan apa yang aku lakukan buat masa ni,just harap agar ALLAH sembuhkan kembali mak...



RIZORM23: kat sini aku cuma nak kata;

1-Terima kasih buat mereka yang memahami situasi yang aku hadapi,terima kasih banyak2 bagi mereka yang mendoakan agar mak ku cepat pulih;

2-Maaf buat CheguPK,HARO,JuliSensei kerana tak dapat join aktiviti korang hari tu,bukan niat taknak campur korang tapi dalam keterpaksaan,ku terpaksa,maafkan aku sekali selagi,sahabat;I'll join U guys next time,insyaALLAH!

3-Buat team futsal;CONGRATS!!!! Aku da jangka kita akan menang besar lagi tahun ni!!! walaupun kali ni aku tak dapat nak turut serta...(aku doa dari jauh,berkat kot...hahahahahaaaa berkat laa sangat)

4-Terima kasih kepada semua yang membantu kami sefamily disaat kami benar2 memerlukan tak kira dari segi tenaga,wang ringgit dan juga masa...kalu tak betul2 memang susah nak cari orang,minta tolong bila kita dalam kesusahan...may ALLAH bless you all with a prosperous life here & hereafter....

5-Lastly,serius,aku akan terajang tepat2 kat muka kalau aku jumpa orang yang buat kurang ajar dengan parents mereka,lebih2 lagi pada mak mereka!!! berani,cubalah!!!

6-ERR..2nd Lastly,paling boring bila dalam situasi camni pun sedara aku boleh timbulkan isu kawin...sigh...macam laa boleh setelkan masalah,kot "bini" aku tu kelak tak sanggup nak sama2 jaga mak aku camna...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~INCOMPLETE...

Tatkala aku tengah melayan ketepuan otak ku ngadap pc kat tempat kijer,tiba2 ku terjumpa suatu forum permasalahan...berikut adalah masalah yang diajukan kepada "pakar perunding" tersebut;

"SAYA gadis yang baru memulakan kerja di sebuah syarikat swasta. Saya ada teman lelaki sebaya dengan saya. Kami berkawan sejak sekolah menengah dan usia percintaan kami sudah menjangkau enam tahun.

Masalah saya ialah saya malu dengan badan teman lelaki saya yang kurus dan tingginya pula sama dengan tinggi saya. Saya tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.

Dia terlalu baik pada saya. Sepanjang percintaan kami, tidak pernah dia mengambil kesempatan, saya juga sayangkan dia cuma segan bila mengenangkan faktor saiz badannya yang terlalu kurus dan kecil.

Kadangkala saya jadi terlalu segan bila ada kawan-kawan mengejek setiap kali kami keluar bersama-sama.

Bantulah saya Cik X, macam mana saya nak hadapi masalah ini kerana dia terlalu baik dan saya tak tahu macam mana nak buang perasaan malu ini."
Maka dijawab laa permasalahan si minah ni;antara yang dikatakan oleh "pakar" ni;
  • Kunci kejayaan hubungan cinta ada dua iaitu kejujuran dan kesetiaan,
  • Seseorang itu tidak kisah apa kekurangan atau kelemahan pasangannya,
  • Pastinya dia kecewa jika tahu hakikat kekasihnya malu dengan tubuhnya yang kurus.
  • Disuruhnya minah ni putus & cari lain,yang body sasa tapi jangan kesal apabila jadi kegilaan ramai plak laki tu kelak
  • lumrah kehidupan dan masalah akan terus timbul selagi manusia lebih mengutamakan kecantikan dan kemewahan materialistik dalam menjalin percintaan, dan bukannya kepatuhan terhadap agama, sebagaimana dinasihatkan Rasulullah SAW.
Dan ada beberapa berjelaan lagi kata2 dari si "pakar" ni...

Aku teringat sorang member ku pernah menyatakan dalam SMSnya;
" kalau dah suka kat seseorang tu,tak timbul soal sempurna@tak,kerana kita sendiri akan saling melengkapi bagi wujudkan kesempurnaan tu..."

erm...aku da merasai sendiri camna yang dilalui mamat tu; camna orang malu dengan penampilan diri kita,awek2 pun segan nak rapat walaupun niat di hati hanya untuk berkawan,aku sedar lee camna diri ku ni...aku taknak hipokrit,taknak jadi yang bukan diriku sendiri,bukan bermakna aku tak berubah dari dulu cuma fizikalku je yang tak menampakkan sebarang perubahan...da memang kurus nak buat camna lagi,kan...bukan aku tak makan,kalau korang tengok aku makan pun boleh jadi ngeri dengan tahap kebolehanku me"lenyaplangsung"kan segala menu yang terhidang...anyway,tepuk dada tanya selera kita camna tapi kalau itu taste kita tapi bukan taste orang tu...takde maknanya...


RIZORM23: "kenapa kurus sangat,sakit ke? saya kesian tengok kan..." ~ aku hanya mampu tersenyum :-) ...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

KEJOHANAN BADMINTON KELAB PUSTAKA UTHM 2009

2 & 4Dis- Buat julung2 kalinya Kelab Pustaka UTHM mengadakan Kejohanan Badminton 2009 yang bertempat di dewan badminton UTHM.Semua pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Temenggong,Bendahara,Laksamana dan Shahbandar.Acara yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki,bergu lelaki dan bergu wanita.

(errr...muka aku takde lagi...sigh...)

Secara keseluruhannya,...saingan sengit telah diberikan oleh setiap pemain...Segala jurus pukulan kilas tanpa bayang, smash tanpa batasan dan back-hand tak mengena telah di aplikasikan...tetapi adat permainan;win,lose or draw tu biasa laa...nak buek camno...ini kerana susunan pemain telah diketahui oleh sesama pihak lawan.Taktikalnya ramai telah kalah di situ. Di tambah dengan pemain injured dan sebagainya...Tapi tak mengapa, bermain untuk semangat kesukanan...no harm done...

antara aksi2 yang berjaya dipamerkan oleh para pemain:




Untuk lebih lagi aksi "killer",layari youtube(search)LIBUTHM....Semoga terhibur!!!




RIZORM23: minggu depan kita layaaan FUTSAL plak!!! Chaiyooooookk!!!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

Beauty Lies Beneath...





RIZORM23: ISO NGERTI APO ORA...?! YE KONO KAREPMU...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

MENCIPTA LOGO 2 (TUTORIAL 11)

Kali ini logo dengan gaya yang lebih profesional

1) Buka satu fail baru dengan ukuran 400 px x 400 px dan berlatarbelakangkan warna putih dan cipta satu layer baru dan namakan dia base.

2) Pilih Elliptical Marquee Tool dan bina satu bulatan besar. Simbahkan dengan warna #2F2F2F.

3) Cipta satu layer baru dan namakan ia "Bevel". Kemudian pilih Select -> Modify -> Contract dan setkan 2. Diikuti dengan Select -> Modify -> Feather dan setkan 5. Sekarang cipta satu lagi layer baru dan namakan gradient, pastikan warna foreground adalah putih, dan pilih Gradient Tool dengan setting Foreground to Transparent dan mulalah warnakan dari atas ke bawah.

4) Ciptakan satu layer lagi dan namakan ia sebagai "Orb Base". Pilih Elliptical Tool semula dan bina satu bilatan di dalam orbit, penuhi ia dengan warna #3D6D9C. Anda akan perolehi seperti ini:
5) Sekarang ciptakan 1 layer baru dan namakan "Orb Inset" dan letakkan ia di bawah layer "Orb Base".

6) Di Orb Inset yang bulatannya masih terpilih, penuhkan ia dengan warna hitam. Kesannya belum muncul kerana layer itu tersembunyi.

7) selepas itu anda pergi ke layer Orbit Base, dan pilin Blending Option. Klik Inner Glow dengan setting berikut;

8) Pilih pula Inner shadow dengan setting ini:

9) Sekarang pilih "Orb inset". klik Edit -> Free Transform. Klik tanda mata rantai kecil di atas, dan masukkan 102% di kotak W. Kemudian Enter.

10) Pergi ke Blending Option, dan pilih Gradient Overlay dengan setting berikut:

11) Pergi pula ke "Orb Base" dan setkan 100 px Brush Tool dengan warna foregroundnya #3D6D9C. Di atasnya, setkan mode kepada Linear Dodge dan Opacity 30%, flow 60 dan mulakan mengecat secara dodge di sebelah bawah bulatan sehingga anda memperolehi seperti berikut;

12) selepas itu, cipta satu layer baru di atas "Orb base" dan namakan ia Ord reflection, pilih Elliptical Marquee tool dan bina satu bulatan lain di dalam orbit dengan setting Opacity sebanyak 30% mode Overlay dan simbah bulatan dengan warna foregroundnya putih.

13) Cipta satu lagi layer dan namakan "Orb reflection 2", bina bulatan seperti di bawah dengan isian warna putih, Opacity 40% dan mode Overlay.

14) Hampir selesai. Masukkan apa-apa teks di orbit. dan kemudian Merve visible kesemua layer anda.




(AKAN DATANG: IMEJ DALAM TEKS)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers