Showing posts with label ALKISAH. Show all posts
Showing posts with label ALKISAH. Show all posts

~Pox...pox...pox...


Kebosanan melanda yang amat bila benda ni terjebak ke atas diriku ini...sebelum ni pernah terfikir gak kot cmana laa kalau ku terkena benda alah ni...
Di usia menjangkau penuaan ini laa ia berlaku,tak pernah ku amek MC cuti lama-lama...tapi nak buat cmana kan,kena banyak rest jele...tapi mujur gak ia tak terlalu menyerlah seperti orang-orang lain yang pernah ku lihat terkena...mujur gak mukaku tak terjejas ngeee....
membantu laa cik wifeku menjaga dri ini...hehe TQ lee bebanyak...err tapi now selepas 2 minggu ku pulih,wife ku plak yg terkena...( ntah dari mana je dapatnya sakitnya tu... )

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SANG KALA DI LANGIT BIRU…(AGAIN…)


Yeeezzzzaaaaa… buat kesekian kalinya kitorang menceburkan diri dalam Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2012 ke-17. Cam tahun sudah,dalam kategori Rokkaku korporat laa yang kitorang sertai. Sebelum meyertai pertandingan ni,beberapa kali gak training kat tempat kijer aku,mujur tempat pun luas & berangin so mudah lee nak layangkannya.

Festival kali ni agak berbeza pada pemerhatian aku. Berbanding dengan kerancakan gerai-gerai jualan yang lebih havoc,pada awal-awal feastival cuaca agak tidak menentu. Kekurangan angin membantutkan banyak acara,lalu terpaksa dipinda dari sehari ke sehari. Ini termasuk lee bagi kategori yang kami sertai. Bak kata pelayang dari Perlis;bukan angin takde tapi kurang... ia sekaligus merencatkan aktiviti pelayang2 untuk menunjukkan ke"best"an layang-layang mereka. Terutama bagi foreign kiter. Lebih memburukkan keadaan apabila suatu petang telah berlakunya ribut-ributan yang menerbangkan kanopi yang menempatkan para peserta antarabangsa. Keadaan agak panik gak masa tu. Ia berlaku pada petang hari jumaat. Mujurlah ketika perasmian oleh tengku mahkota johor keadaan agak baik walaupun suasana mendung.

Pertandingan bagi rokkaku korporat hanya dapat diadakan pada pagi sabtu;saringan bagi menentukan yang layak ke final. Alhamdulillah team kitorang berjaya ke final. Kesemuanya ada 27team yang menyertai pertandingan bagi kategori ini. Ia melibatkan badan2 korporat,majlis2 perbandaran/bandaraya,dan kelab2. Final pada tengahhari ahad. Itupun kami dah bersedia dari pagi lagi,menanti kot-kot angin ada bagi membantu dalam pertandingan ini. Tapi sudahnya terpaksa gak bermain seperti tahun lepas gak;berlari-larian keliling padang,sapa last jatuh dia win... Alhamdulillah team kitorang dapat laa no.3 untuk tahun ni!!! hohohoo macam tak caye je haa...berkat hasil usaha,siap tergolek2 lagi aku masa game... Next year insyaAllah cuba lagi untuk dapatkan yang lebih baik!!!
~lepas game,walaupun pancit kepenatan masih mampu tersenyum kegirangan...






Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~100% GEMPAK STARZ EVENT

Bertempat di Sungei Wang Plaza,buat julung kalinya aku menghadiri acara dwi-tahunan ini...agak teruja gak lee!!! Selama ni takde peluang pun untuk gi,Alhamdulillah kali ni berkesempatan. Berlangsung selama 3hari,acara-acara yang disusun atur agak menarik;dengan hari pertama je da ada pertandingan cosplay ( alaaa yang dress ikut gaya cam kartun2 tu...). Agak awal gak laa ketibaan kitorang kat sana,majlis belum mula tapi da agak meriah... selama ni aku memang antara Kipas-Susah-Mati mereka ni,dari terbitan 1st lagi ku da terjebak hingga laa ni...

Pada awalnya aku memang teruja bila dapat tahu ia akan diadakan,disogok pula dgn "iklan-iklan" dari majalah mereka,dengan adanya booth-booth para kartunis mereka...tapi bila tiba disana,just agak terkilan sebab area agak kecil so tak laa besar sgt booth mereka...tapi boleh la dari langsung takde...



Overall ok laa...next time ada lagi nak gak kitorang dtg serbu lg...err dengan bawa lebih banyak ongkossnya ngee... Tapi dalam pertengahan bulan Disember ada plak Comic Fiesta kat Suria KLCC...
...tapi tak dapat gi sebab ada kursus anjuran tempat kijer aku plak...sigh...takpe laa ada masa kelak InsyaAllah berkesempatan...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Phandroid...

Ok,for sure kalau bini aku tahu pasal benda ni konfem dengan jayanya aku kena tadah ayat-ayat sadisnya… maunya tak,tak sampai setahun dengan tepatnya baru 3 ½ month tukar Hp,laa ni da btukar lagi… Sebelum ni aku guna Blackberry Curve 9300 3G tapi aku tak dapat nak menserasikan diri dengan benda tu walau da cuba dengan sedaya upaya… so aku nekad untuk bertukar lagi,well aku kiranya agak pantang gak dengan gajet-gajet ni…kot ada yang baru keluar,mula teruja… So now maka mula laa diriku ini berjinak-jinak dengan dunia android huhuhuuuu…kopak-kopak… Pada mulanya aku dalam dilema gak dalam pemilihan sama ada HTC Wildfire S @ Samsung Galaxy Ace S5830 ni... Setelah mengambil kira beberapa faktor,usya sana-sini,minta pendapat kawan-kawan maka aku On je dengan yang ini...sigh... Apa-apa pun Phone ni punyai pemproses yang lebih cepat,skrin yang lebih besar berbanding Wildfire S,mode sedia yang lebih lama dan tak ketinggalan juga kelihatan lebih "Sleekier" ngeee....





Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Ramadhan...

Alhamdulillah… ketemu lagi diri ni dengan Ramadhan yang mulia;Mubarak Ya Ramadhan!!! Well ni tahun first bagiku berpuasa sebagai pasangan suami isteri,harap lebih diberkati pada bulan ini… menjelang ramadhan,3 hari sebelum ketibaannya,aku gi Perak bersama dengan wife,pak and mak mertuaku. Gi melawat abang ipar ku yang akan menerima kelahiran anaknya yang ke-5. Due nye pada 1 Ogos(1 Ramadhan 1432H). Kakak iparku terpaksa jalaninya dengan cara Caesarean dan Alhamdulillah berjalan lancar,dapat baby boy di hari first Ramadhan. Blessed Ramadhan… Anyway, apa yang aku harapkan agar ramadhan kali ini lebih bermakna buat diriku,dan da tentu laa makin kerempeng jadinya diri ini yang da sedia krempeng…sigh…




p/s; aku suka lawak Lambok!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes IPTA ke-30


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi penghormatan menjadi tuan rumah Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30,Sabtu 9 Julai.

Penyampaian watikah tauliah itu disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 14 IPTA akan ditauliahkan dalam majlis tersebut.

Program yang diatur pada hari itu adalah Perbarisan Pentauliahan Diraja yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA.

~Alhamdulillah,aku diberi peluang untuk sama-sama menjayakan acara gilang-gemilang ini. Tugas ku sebagai fotografer bersama dengan beberapa orang lagi yang lebih pakar dalam bidang ini. Dari event ini,banyak gak benda yang aku pelajari,kiranya berbaloi-baloi lee...


Pict.kredit to naseribrahimphotography​.blogspot.com

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Dholan-dholan...

Alahai tertinggal plak pasal kisah ni…

Pada 29 April-1 Mei yang lepas,my beloved wife buat trip untuk anak-anak muridnya. Wife ku ni cikgu Pendidikan Khas,so spesel kes laa sikit bebudaknya gitu… Aku da tentu laa ikut sama,gi merayau beb,sapa yang taknak ikut huuuu… walaupun pada dasarnya masa ni belum gi honeymoon lagi tapi pada aku dapat gi berjalan-jalan sama dengan wife ku camni pun da kira ok laa…

Ku tengok bebudak ni semuanya bersemangat sungguh nak gi trip ni;mereka akan di bawa ke Petrosains,Suria KLCC…dek kerana dulu aku dah pernah gi,so takdelah terlebih excited,tapi yang buat aku rasa nak melompat kegembiraan bila dapat usya Kinokuniya!!! Peargh memang heaven laa tempat tu bagi ulat komik cam aku ni huuu… Pastu mereka di bawa ke Aquaria ( ok,kat sini aku ada jakun sikit bila tengok macam2 living creature dalam tu ).

Ok,but not that’s all folks…trip tak berakhir di situ saja…perjalanan masih jauuuuuuuhhhhhh….

The main place we’re visiting is Cameron Highland,teruja sungguh aku!!! Maklum laa tak pernah jejak ke sana… Punya laa sejuk peargh…mujurlaa ada heater untuk mandi…kitorang stay kat Sekolah Convent Cameron Highland. Selama 2 hari banyak laa gak tempat yang kitorang gi,tapi masing-masing lebih focus pada shoping je…aku taktau nak beli apa,last-last beli Cap je and buah tangan sesikit haa ngeee….

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Sorotan Half Year...

Peargh…jap je da setengah tahun,tahu-tahu je da nak puasa lagi haa.. lama tak update blog dek kerana kebizian yang melanda;half a year macam-macam da jadi dalam hidup aku,walaupun pada asasnya biasa-biasa saja… now aku just nak wat sorotan je apa yang da berlaku sepanjang setengah tahun ni…tapi takde la menarik sangat…just untuk dikongsi bersama…

~Tanggal 4 Februari 2011~

Hari Pernikahanku. Giler aahhh aku jadi laki orang haa..cam tak caye je rasa…akal senteng lagi tapi jadi laki orang;ish ish ish…punya laa selamba aku ni,sebelum nikah tu,aku rasa kalau orang lain da tentu libang-libu jadinya,tapi entah kenapa aku agak rileks masa tu,lepas solat Jumaat siap boleh gembala kambing jap,maklum laa majlis akad lepas asar so ada laa waktu lagi..tenang sungguh ku rasa bila tengok kambing-kambingku rancak meragut huuu….

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis kami berdua!


~Tanggal 17-21 Februari 2011~

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke 16

Tak sampai dua minggu usia perkahwinan,aku da “merayap”…honey moon pun postpone ngeee…. Hinggakan Pak Mertuaku kata “orang sekarang baru-baru kawin kok da tinggalkan isteri,” err nak buat cmana Pak,seruan tugas( tugas laa sangat ) ngee. Team aku terdiri daripada member lelayang yang setia sejak dulu lagi; Rais dan diketuai oleh Cikgu Yaakob Ibrahim. Da lama penglibatan kitorang,sejak tahun 1999 lagi,dulu ramai giler team tapi now hanya segelintir yang masih meneruskannya. Tahun ni kitorang sertai pertandingan dalam bahagian Rokkaku Korporat. Cabaran memang hebat,team lain pun tak kurang powernya. Dilakukan dalam 2 peringkat saringan dan akhirnya final. Dalam saringan pertama team kitorang dapat no.2 dan 2nd dapat 1st. Giler ahh dapat masuk final. Tapi sayangnya on last day,dek kuasa Tuhan,angin langsung takde menjadikan pertandingan cam hampeh. Team we all dapat no.5( boleh laa dari langsung takde nombor ). InsyaAllah tahun depan kitorang cuba untuk yang lebih terbaik.


~Tahun "Mengawan"~

Cuti-cuti kali ni gak menyaksikan deretan para sahabatku menamatkan zaman kegersangan mereka. Alhamdulillah,sampai gak jodoh korang hohohohooo...moga kita sama-sama dapat mewujudkan sebuah family yang bahagia insyaAllah...


~Tanggal 7-9 Jun 2011~
Langkawi

Alhamdulillah dapat gak gi honeymoon ngee.. Dapat plak jemputan gi bersama pasangan pengantin baru gak;Amer & Suzana( kakak angkat wifeku ). plak tu tempat tinggal disponsor oleh kenalan mereka,lagi laa shoooowww!!!

~Tanggal 27 Jun 2011~
Komik KOMSAS

Jangan tanya apa KOMSAS tu sebab aku pun tak tau...sigh... Setelah berbulan-bulan memerah otak dan kerahan tenaga,at last siap gak komikku hasil usaha sama dengan kawanku;Kolin Lazuardi. Dia yang mencadangkan untuk meng"komik"kan naskah bacaan dalam pembelajaran untuk sekolahnya,mudahkan pelajar faham katanya. Alhamdulillah dapat gak setelkannya walaupun hasilnya takdelah sebaik mana...
Soooo..that's it for the half of the year. Antara benda yang ku lalui,tapi ada gak bebenda lain tapi next time jele... Now nak setting gear untuk amek pict majlis-majlis keraian plak...aduhai...life's goes on...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Girl's Enemy

Eargh...lamanya tak update blog...alhamdulillah slow2 aku dapat rilexkan minda ni dari terus diliputi perasaan libang-libu tak tentu hal... Apa-apa hal pun,aku now lebih fokus pada kijer and hari di mana tibanya aku akan diijabkabulkan dengan cik tunangan( my beloved gitu ). Pressure semakin dirasai,mungkin begini laa apa yang dirasai oleh kebanyakan mempelai yang telah selamat berlayar. Err..aku yang terlepas feri... Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar je,berkat usaha dan kesabaran pelbagai pihak (TQ kepada cik tunangan yang memahami diri ini kerana kekalutan diri...sigh..)
Namun cam biasa laa aku bukan nak membebel pasal persiapan majlis aku tapi berbalik kita mem"fokus" pada tajuk entry kali ni...yaaa kenapa sedemikian rupa...?

Aku: Bro,now aku da jadi perhatian umum,lebih2 lagi girl...(sambil tersengih)
member: Poraahhh!!! Berangan laa lu..pasai pa plak depa nak amek port kat ko?
Aku: pasai aku nak kawin ni laa...ramai betul cemuih sama ku...
Member: awatnya jadi lagu tu?
Aku: err tak,bukan lagu...camni...
(maka bermula laa sessi bercerita dan bebelan kitorang)
member: laa awatnya hang wat lagu tu...?
Aku: ...Entah...
Yaa bukan salah mereka untuk mengatakan aku "tak guna","pemusnah impian","hampeh"@ segala apa caci-makian pun...terpulang atas diri mereka sendiri untuk kata apa pun...lagipun mereka hanya mendangar sebahagian dari kisahnya,ora opo laa kalau camtu...

Namun,biar laa aku juga sampaikan kisah dari belah aku gak,bukan niat nak bagi "nampak" diri ni betul,tak...sesekali tak camtu,tapi just nak bagi clear sikit untuk yang diluar sana tentang apa sebenarnya telah berlaku...

Seingat aku sepanjang aku bersama A(as kawan,tak lebih dari tu) tak pernah sekali pun aku mengungkapkan kata-kata indah lagaknya seperti pasangan yang sedang berkasih-kasihan...(tapi kasihan laa kalau A rasa camtu). Jauh sekali untuk melafazkan ungkapan "sayang". Aku juga tak pernah menjanjikan apa-apa harapan untuk serius dalam "perhubungan" yang blur tu...memang tak dinafikan dengan jayanya aku kerap keluar dengan A (da orang ajak keluar,ikut jele...) sedikit sebanyak dapat laa gak mengisi masa terluang ngeheheheheee... :-)
Ramai gak lee yang terserempak dengan kitorang,apa saja yang mereka kata aku hanya mampu tersengih dan senyum(blur)...

Selamanya mengenalinya,sedikit sebanyak tau gak lee apa yang tengah di alami dek minah ni,masalah kasih tak kesampaian dengan "kawan" ye gak tapi masih dalam "perhubungan"...panjang kisahnya,kalau korang tengok kat blog A dan blog mamatnya,si E,memang laa korang akan cepat faham apa yang ku nyatakan di sini,apa yang sedang mereka lalu...alahai feelingnyeee... Si A akan sesekali bercerita perihal si E pada ku,suatu hubungan yang aku anggap tak tau mana penghujungnya,maybe hanya mereka yang tau. So kenapa aku perlu mewujudkan hubungan dengan si A ni pula? Ofkoss laa tak kan...

To Ikin Izam; ye ko boleh kata "tak guna",rasanya terma tu yang paling tepat. Tapi aku akan rasa lagi tak guna kalau aku menjebakkan diri dalam perhubungan dengannya. korang tak tau camana jalan ceritanya,apa yang telah aku ketahui walaupun singkat je kitorang "berkawan".

Well,silap aku gak tak memberi kata putus dan kau hanya tau tiba-tiba aku da engaged
(dengan kerelaan hati) .Tapi da beberapa kali gak aku bagitau jangan menyimpan apa-apa perasaan 2 harapan antara aku dan kau...sebab tu aku tak mudah untuk untuk meluahkan perasaan,lebih-lebih lagi pada ko,A.









P/S : Saya budak jahat,TQ... :-)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

"...Kuala Lumpur tungguuuu...!" (2)

~Yaaa seterusnya kami mengunjungi Utusan Melayu (M) Berhad...

(sibuk btol laa...enterframe saje...)

Haa pada sape2 yg rasa masih mampu menguasai bahasa jawi,masih kenal huruf,sila laa baca pe yang tertera ni...


Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat percetakan Bumiputra yang dapat bertahan sehingga sekarang.Semua peserta diterangkan tentang proses operasi dari mula sehingga proses pencetakan
dan melihat sendiri bagaimana operasi mereka berjalan. Peserta juga telah diberitahu tentang peranan jualan iklan yang membantu kepada ‘survival’ sesebuah syarikat percetakan. Bila masuk je ruang kerja mereka,nampak je cam rilex & tenang tapi saban hari mereka berdepan dengan "timeline" yang agak ketat...asal pandai handle job,konfem laa takde hal punya laa kan...
(original copy!!!)
Habis je touring Utusan,ingatkan dapat laa merayo kemana-mana...haghaaaammm...terus balik laa pulak...tapi sebelum naik bas,ku terdengar suatu bidasan pedih;
"suma suda tengok,suma suda amek gambar tapi takda sapa mau amek gambar saya..."

Peargh! Bisa gak beb dia punya ayat...bergegas aku nak bergambar dengannya walaupun dia kata just kidding & cuba menolak,tapi pujuk baik punya nak gak dia haa...
(so sorry laa Uncle,lain kali datang lagi we all kasi amek pict you banyak2 laa...)

cheif d'mission: dek kerana landasan masa kita da tergelincir dari yg sepatutnya,terpaksa laa kita terus bergerak pulang...!!!

(Hampeh...hancur harapan nak shoping...sigh...)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

"...Kuala Lumpur tungguuuu...!"

Alkisah,Kelab Sahabat Pustaka Perpustakaan UTHM telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara & Utusan Melayu (M) Berhad.

Straight to the point laa,malas ku nak skema2 sgt...Masuk-masuk je,tu dia haa..cam aquaria lak. Dengan aquarium yang besar.Kami sempat meninjau keadaan di dalam Pusat Sains, di mana terdapat beberapa sudut yang di bahagikan kepada beberapa tema,nak tau apa,gi sendri laa...
Then, kita masuk bahagian "Pathways To Science". Kat dalam ni, hampir semua exhibits beroperasi,diulangi;hampir semua. Seronok woo...Macam dalam Petrosains pun ada(tapi ku rasa Petrosains lagi gerek laa) . Macam2 benda boleh dicuba. Kami masuk gak kapal selam. Actually it’s a 3D but tak nampak pun mana spec 3Dnye...habis penig jadinya masing2. Masuk dlm kapal selam tuh, kerusi pun gerak-gerak.

Di dalam Pusat Sains ini terdapat satu ruang legar di mana akan di adakan Pertunjukan Sains.Lokasi ini agak istimewa kerana keadaannya di bawah kubah yang besar. Jadi jika kita hendak membuat ucapan atau taklimat, suara kita akan bergema dengan kuatnya tanpa menggunakan pembesar suara. malahan jika anda menghentakkan kaki sekalipun, bunyi hentakan itu akan kedengaran sangat kuat.
Moga, dari lawatan pendek ke Pusat Sains Negara ini, dapat menambahkan minat pelajar-pelajar kita terhadap bidang sains seterusnya dapat melahirkan saintis-saintis Islam yang berperibadi Muslim di kalangan mereka ini, insyaallah. Ameen.


~Tapi lawatan ni tak laa berakhir di situ sahaja,ada lagi...tungguuuuu....

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

PERTANDINGAN BOWLING KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM telah menganjurkan Pertandingan Bowling seperti dibawah:

Acara : Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM
Masa : 08.30 mlm( ye laa sgt...)
Tempat : Pusat Bowling Pacific Mall@BP mall

Semua pasukan telah bersiap sedia dengan pengalaman,semangat jitu dan kemahiran masing-masing bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung malam itu.
(seboleh2nya aku tak nak tunjuk skill ku malam ni,tapi terpaksa gak lee tayang)























Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers