Peargh…jap je da setengah tahun,tahu-tahu je da nak puasa lagi haa.. lama tak update blog dek kerana kebizian yang melanda;half a year macam-macam da jadi dalam hidup aku,walaupun pada asasnya biasa-biasa saja… now aku just nak wat sorotan je apa yang da berlaku sepanjang setengah tahun ni…tapi takde la menarik sangat…just untuk dikongsi bersama…
~Tanggal 4 Februari 2011~
Hari Pernikahanku. Giler aahhh aku jadi laki orang haa..cam tak caye je rasa…akal senteng lagi tapi jadi laki orang;ish ish ish…punya laa selamba aku ni,sebelum nikah tu,aku rasa kalau orang lain da tentu libang-libu jadinya,tapi entah kenapa aku agak rileks masa tu,lepas solat Jumaat siap boleh gembala kambing jap,maklum laa majlis akad lepas asar so ada laa waktu lagi..tenang sungguh ku rasa bila tengok kambing-kambingku rancak meragut huuu….
Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis kami berdua!
~Tanggal 17-21 Februari 2011~
Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke 16
Tak sampai dua minggu usia perkahwinan,aku da “merayap”…honey moon pun postpone ngeee…. Hinggakan Pak Mertuaku kata “orang sekarang baru-baru kawin kok da tinggalkan isteri,” err nak buat cmana Pak,seruan tugas( tugas laa sangat ) ngee. Team aku terdiri daripada member lelayang yang setia sejak dulu lagi; Rais dan diketuai oleh Cikgu Yaakob Ibrahim. Da lama penglibatan kitorang,sejak tahun 1999 lagi,dulu ramai giler team tapi now hanya segelintir yang masih meneruskannya. Tahun ni kitorang sertai pertandingan dalam bahagian Rokkaku Korporat. Cabaran memang hebat,team lain pun tak kurang powernya. Dilakukan dalam 2 peringkat saringan dan akhirnya final. Dalam saringan pertama team kitorang dapat no.2 dan 2nd dapat 1st. Giler ahh dapat masuk final. Tapi sayangnya on last day,dek kuasa Tuhan,angin langsung takde menjadikan pertandingan cam hampeh. Team we all dapat no.5( boleh laa dari langsung takde nombor ). InsyaAllah tahun depan kitorang cuba untuk yang lebih terbaik.
~Tahun "Mengawan"~
No comments:
Post a Comment