Seperti yang aku gitau pada post sebelum ni,plan aku tak dapat dijalankan dengan jayanya,tapi aku akur,DIA lebih ketahui segalanya...
Sejak keluar wad,keadaan mak ku tak begitu memberangsangkan...pada awalnya agak menyenangkan namun tak lama...
Seperti biasa aku gi kerja hari tu walaupun hearty kat rumah... tak cecah jam 10a.m. bapak da suruh call sedara-mara belah mak aku,minta datang...kira ok lagi laa tapi x lama pastu call lagi minta aku balik tengahhari...aah sudah! makin tak tenteram hearty ku jadinya...Mengatasi kelajuan cahaya,dengan gegasnya aku balik,keluarkan segala skill pemanduan yang jarang2 aku praktikkan...
Tiba rumah,segala suku-sakat da duk berlonggok dekat mak aku...bapak ku da usap2 kepala mak ku yang da memang nampak "down" habis masa tu...(masa ni mata da bergenang,tapi ku tahan jebat!!!)... aku terjah jer sapa yang menyerimpungi laluanku,sama2 usap kepala mak ku;takde respon cam hari2 yang lepas...
Ramai yang cuba membantu...segala ikhtiar dibuat;mak jadi begitu lemah kerana tak dapat "terima" makanan,menjadikannya begitu,makan je konfem keluar semula...masing2 cuba tenteramkan aku & ayah...aku tengok ayah letih sangat tapi masih mampu bertahan...(rasa sakit plak bila cuba tahan mata yang bergenang)...
Bila pompuan wat kijer da tentu laa x sama cam lelaki wat...maka apa jer yang orang kata masa tu aku wat jer tanpa banyak bunyi...mereka lebih tau,sambil tu belajar laa kan...makin petang mak cam bertenaga sikit tapi masih "flat" lagi...pabila makcik aku a.k.a. the 1 & only left kakaknya serta makngah a.k.a. kakak ipar paling rapat tiba,semangat mak ada laa naik sikit,nampak ada tersenyum sikit,syukur gak laa aku...
2nd DAY;mak masih lemah,lagi laa seharian walaupun aku cuba mencuit hatinya;takdenya dia nak tersenyum...mati akal aku jadinya...sigh...masing2 da kata;walaucamnapun sentiasalah bersama mak buat masa ni...
RIZORM23: aku cuma nak kata;
1. takde apa yang lebih menggembirakan aku dari melihat mak tersenyum walaupun dalam keadaannya begitu buat masa ni...
2. terima kasih buat JULI_BCC kerana sudi membantu kami sekeluarga tanpa rasa jemu..I owe U & UR family alot!!!
3. terima kasih buat MIFV,S'MAN,SHAMSUL & Wife,CheguPK kerana sudi menziarahi kami(sekadar sebut beberapa nama)! Tersenyum aku melihat teletah anak shamsul yang masih kecil,memicit2 kaki mak...CheguPK hulurkan buku niIa sangat membantu,Thanx Chegu!!!
4. Maaf lagi sekali buat HARO kerana tak dapat teruskan dengan plan kita(alaaar ko dapat main sama anak sedara pun da kira ok laa tu,menjadi laa gak...)
5. "GOOD FRIENDS WE LOST,GOOD FRIENDS WE HAVE...ALONG THE WAY..."
6. err baru perasan...da 2hari aku tak jamah nasi & skip ubat...sigh...patut laa rasa cam nak pecah jer mata ni...
No comments:
Post a Comment