Showing posts with label FILM PREVIEW. Show all posts
Showing posts with label FILM PREVIEW. Show all posts

~Dugaan Terbaru Si Mamat Besi...


IM2 mengisahkan tekanan yang dihadapi Tony Stark apabila didesak agar berkongsi rahsia teknologi ciptaanya dengan Kerajaan. Maklumlaa daa dia sendiri memandai2 dedahkan identiti superheronya,maka kesudahannya ramailah yang datang mengganggu. Namun,Stark menolak cadangan itu dengan alasan risau teknologi tersebut jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab. Stark & rakan2 pun tubuhkan pakatan menentang ancaman.




Tony Stark/Iron Man
Pemilik Stark Industries,jutawan genius yang beridentitikan Iron Man secara terang-terangan,suka berfoya2 tapi baik hati & berniat melindungi dunia daripada kejahatan.








Kolonel James Rhodes/War Machine
Sahabat baik Stark yang sentiasa bersabar dengan perangai gila2 kawannya itu. Kali ini Rhodes berpeluang berganding bahu bertempur di samping Iron Man.








Ivan Vanko/Whiplash
Anak saintis Russia yang menggunakan teknologi yang hampir serupa dengan Iron Man. Menjadikan Stark sasaran utama.










Justin Hammer
Seteru perniagaan Stark yang menghasut kerajaan agar memaksa mamat genius tu menyerahkan rahsia teknologinya.








Nick Furry
Pengarah S.H.I.E.L.D. yang mendekati Stark dengan harapan dapat merekrut dia dalam projek Avenger Iniative.











Natasha Romanoff/Black Widow
Pengintip S.H.I.E.L.D. yang menyamar sebagai pembantu Stark.Hot & Spicy!!!







Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~ALMOST ALICE

Pada tahun ini,ALICE IN WONDERLAND muncul semula di bawah terbitan Disney dalam filem live action Disney Digital 3D malah lebih seram kerana Tim Burton memang feymes dengan gaya filemnya yang creepy & giler2 cam Edward Scissorhands(1990),The Nightmare Before Christmas(1993),Ed Wood(1993),& lain2...saksikanlah dunia Wonderland yang berbeza!!!

Filem ini merupakan kesinambungan novel “Alice’s adventure in wonderland” & “Through the looking-glass” karya Lewis Carroll. “AIW” bermula dengan Alice,19tahun,menghadiri majlis keramaian tak lama lepas kematian ayahnya.

Majlis tu sebenarnya majlis pertunangan yang dirancang oleh ibu & kakaknya sendiri. Ketika dilamar,Alice ternampak seekor arnab.

Dalam kekeliruan,Alice lari meninggalkan majlis & ikut arnab tu sehingga laa ia masuk ke dalam sebuah lubang,membawanya ke Wonderland- tempat yang pernah dilawati masa kecil dulu. Sang arnab bagitau hanya dia je boleh hapuskan Jabberwock,raksasa yang mengawal kerajaan Red Queen.

Ratu berkepala besar ni menghidap tumor sehingga menyebabkannya hilang kawalan terhadap emosi sendiri. Merupakan karakter gabungan Red Queen & Queen of Hearts.

Karakter aneh penuh dramatis ni sering menimbulkan detik2 janggal buat Alice. Namun dia bukan musuh. Dalam filem ni White Queen tak boleh berjalan cam orang biasa tapi terapung!

Si pembuat topi untuk White Queen & ada sesuatu yang menyebabkan dia jadi “tak siuman”. Mad Hatter memang menantikan kedatangan Alice sebab Alice satu-satunya kawan yang dipercayai. Sebab tu gak dia sanggup melindungi Alice biarpun mempertaruhkan professionnya




RIZORM23: antara sebab mesti tonton:-
-arahan Tim Burton(memang tekenal dengan stail "gilernye")
- Johnny Depp skali lagi bawa watak giler!!!
- Anne Hathaway yang kiut giler,mata galak plak tu huu!!!(dalam film nie cam lagi terserlah)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

CAN YOU PUT A PRICE ON YOUR DREAM...?!

Sebuah filem pengarahan Terry Gilliam;The Imaginarium of Doctor Parnassus(TIDP) dibikin dengan bajet yang dikira amat tinggi untuk filem hasil studio produksi bebas;USD30 juta/+-RM101.64 juta! Berlatarbelakangkan London,dengan sentuhan magik & dibintangi oleh mendiang Heath Ledger bersama Johnny Depp,Colin Farrell & Jude Law.

1000 tahun yang lalu,Dr. Parnassus membuat perjanjian dengan Mr. Nick demi mendapatkan nyawa kekal abadi. Syaratnya apabila anak dr. Parnassus genap 16tahun,anak tersebut akan menjadi milik Mr. Nick.

Beralih ke London masa kini,telah tiba masanya Dr. Parnassus tunaikan janjinya. Tetapi dia plak enggan menyerahkan anaknya,Valentina & membuat 1 lagi perjanjian untuk cuba menguraikan syarat tersebut.

Dengan bantuan ahli2 kumpulan teaternya & Tony,diorang memasuki dunia dalam cermin ajaib demi melaksanakan cabaran Mr. Nick untuk kebebasan valentina. Mr. Nick ternyata enggan memberi kemenangan mudah kepada mereka.

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~DILEMA TALAM 2MUKA!!!

Jake sully,sorang tentera marin lumpuh datang ke Pandora untuk program “AVATAR”. Diperkenalkan kepada avatarnya kat 1 makmal berkenaan program tersebut;penggabungan DNA manusia dan makhluk Na’vi (penduduk Pandora). Siapa sangka lepas dia bangun dari mesin Avatar & “menjadi” Na’vinya,penerokaannya terhadap dunia Pandora berubah pelik but menyeronokkan!!!

Manusia yang tiba perlu memakai topeng gas kerana udara di Pandora sangat beracun. Manusia sebenarnya nak menakluki Pandora untuk mendapatkan bahan mineral “Unobtanium” tetapi pencerobohan terus memusnahkan magnetik planet itu.
Unobtanium,bahan mineral bersifat superkonduktor bersuhu bilik yang menjadi rebutan manusia kat planet Pandora.

Pertikaian antara manusia & Na’vi memuncak sehingga jake dalam dilema untuk membantu sesebuah pihak.
Walaucamne pun ada satu je perkara yang pasti dalam setiap peperangan,yang menang jadi arang,yang kalah jadi abu! So,does it worth it?!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

KISAH SILAM YANG MENGHANTUI...


Connor Mead (Matthew McConaughey), seorang jurufoto, asalnya adalah seorang lelaki yang baik. Didorong oleh perasaan takut dari ditinggalkan oleh orang yang dicintainya, Connor Mead telah menjadi seorang kaki perempuan. Connor Mead akan menggoda wanita-wanita, dan meninggalkan mereka selepas berjaya mencuri hati mereka sama ada menerusi perasaan cinta atau pun seks.

Pada suatu hari, selepas mengecewakan hati tiga orang teman wanitanya dia pertama kali dikunjungi oleh hantu bapa saudaranya. Dari situlah bermulanya pertemuan Connor Mead dengan tiga hantu wanita yang lain.

Setiap hantu mempunyai peranan yang hampir sama, iaitu membawa Connor Mead meneliti semula kehidupannya yang lepas, masa kini dan masa akan datang. Menerusi pengembaraan luar biasa inilah, Connor Mead mula mendapat kesedaran mengenai kesilapannya terhadap erti cinta dan perkahwinan.

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers