MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UTHM 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 sebagaimana berikut:

Tarikh : 09 Oktober, 2009 (Jumaat) bersamaan dengan 20 Syawal 1430H
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka UTHM
2. Semua staf dan pelajar Universiti adalah dijemput hadir. Staf dan pelajar Universiti dikehendaki berpakaian kebangsaan bagi yang beragama Islam manakala yang bukan beragama Islam dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan majlis tersebut.

3. Majlis yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di kalangan semua warga Universiti.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 pada 9 Oktober 2009 (Jumaat) lalu. Ia diadakan di Dewan Terbuka UTHM bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis tersebut merupakan program tahunan Universiti bagi meraikan semua pelajar dan staf UTHM sempena Sambutan Aidilfitri.

Majlis tesebut telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Ir. Wahab Suhaili, penerima Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan Awam pada Konvokesyen Kelapan UTHM dan isteri YBhg. Datin Badriah Ismail, pegawai-pegawai kanan Universiti dan para pemimpin setempat.

Dalam majlis itu juga, pihak Universiti mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan komputer terpakai kepada 19 buah sekolah sekitar kampus UTHM. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin kepada Guru Besar sekolah yang dijemput. Selain daripada itu, pihak Universiti juga dengan rasminya melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam bagi membantu meringankan beban mangsa bencana alam di negara yang berjiran dengan Malaysia. Turut memberikan sumbangan ialah YBhg. Dato' Ir. Wahab Suhaili yang telah menyumbangkan sebanyak RM 10,000 ke dalam tabung tersebut. Turut diundang ke majlis tersebut ialah golongan fakir miskin sekitar kampus UTHM. Seramai lebih kurang 4000 orang pegawai dan pelajar UTHM hadir ke majlis tersebut.


PUTERI CATERING
TN.HAJI TAMSIR B.HAMID
PN.HJH HAMIDAH BT. RABAN
(07 690 6477 / 012 751 3460)
sedia terima tempahan satay,ketupat,pelbagai jenis nasi & kuih-muih untuk majlis pertunangan,akikah,rumah terbuka,& sebagainya
(saja promot)

No comments:

Post a Comment

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers