Berkatalah benar walaupun pahit. Berkatalah benar walau kawan bertukar menjadi lawan. Berkatalah benar walau saudara bertukar menjadi musuh. Berkatalah benar walau diri jadi taruhan. Berkatalah benar walau kepentingan tergadai. Berkatalah benar walau nyawa di hujung pedang. Berkatalah benar walau pedih dan luka menghiris Berkatalah benar walau kemenangan jauh di hadapan.
benar laa berkata benar 2 adakalanya benar-benar begitu...adakalanya buat kita benar-benar jadi serba salah selepas melafazkannya,namun itulah kebenaran yang perlu diterima...aku baru sahaja menyatakan suatu kebenaran terhadap seorang "sahabat" walaupun pada mulanya agak berat untuk menyatakannya tapi dari ia terus berlegar-legar dalam benaknya kerana keinginan yang amat sangat maka aku luahkan gak...
rasanya aku juga perlukan seseorang untuk luahkan rasa ni kerana;kalau dulu ada laa gak tempat untuk luah(dengan mak bapak segan sikit kalau citer bab hearty ni...) but now takde sapa so aku rasa bila ada tempat untuk diluahkan ada laa sikit rasa cam lega kot...tapi apa yang aku paling tak suka bila nak berkata benar & luah ni ialah apabila memori aku terpaksa imbas kembali hal-hal yang berlaku 2 (yang adakalanya tak lee best sangat)... tu yang x best nya!!!
yang manis tak semestinya baik,yang pahit tak semestinya busuk...
No comments:
Post a Comment