Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membersihkan dan melembutkan tone kulit muka disamping mengurangkan kontras.
Di sini saya menggunakan 1 keping imej iaitu:
(ni contoh je,pict ni pun xda kaitan dgn hidup aku,kot korang nak guna pict awek korang pun boleh...)2) Pastikan Image - Mode - RGBColor
3) Tekan Control + j untuk mencipta satu layer baru
4) Tugas pertama kita untuk membersihkan mana-mana kesan kotor yang tampak pada imej seperti:

Klik di layer baru dan kini ambil Eyedropper Tool
pilih kawasan yang cerah di mana-mana kawasan pipi yang bersih.Kemudian dengan brush tool
dengan kadar 10 px hilangkan tanda kotor itu supaya tanda itu hilang.5) Kini di layer yang sama, dari menu pilih Filter -> Blur -> Gaussian Blur dengan kadar cuma 2.0

6) Di Panel layer - setkan blending option sebagai lighten.

7) Hasilnya anda akan perolehi imej yang lebih baik seperti ini:

8) Diperkemaskan lagi menggunakan peralatan pencerahan dan kontras (Image -> Adjustment -> Brightness and Contrast) dan tetapkan nilai dengan bermain-main angka Brightness & Control itu seperti berikut:

Hasil akhirnya ialah:

Selesai. Anda kini mempunyai satu potret yang lebih cantik dan lebih kemas.
Selamat berjaya.
Selamat berjaya.
(AKAN DATANG:TITISAN AIR DI DAUN)





No comments:
Post a Comment