MALAM MALANG...

Nikon D60 key features

* 10 megapixel DX format CCD (1.5x FOV crop)
* Nikon EXPEED processing 'concept' (as per D300, D3)
* 3D Color Matrix Metering II, 420 pixel sensor
* Multi-CAM530 three area AF sensor
* New Image sensor cleaning system
* Eye sensor (turns off LCD display)
* ISO sensitivity range 100 - 1600 plus HI 1 (3200 equiv.)
* 3.0 fps continuous shooting*, unlimited in JPEG
* No status LCD, LCD monitor based status / settings screens (now rotates)
* Help suggestions on LCD monitor (eg. scene too dark, try using flash)
* Large 2.5" 230,000 pixel LCD monitor
* Short shutter lag and viewfinder blackout
* Support for SDHC (SD cards over 2 GB in capacity)
* In-camera retouching
o Quick Retouch
o D-Lighting (shadow / highlight enhancement)
o Red-eye reduction
o Trimming
o Monochrome
o Filter effects
o Small picture
o Image overlay
o Raw processing
o Stop-motion movie
* USB 2.0 with PTP and Mass Storage device support
* Very compact, light body
* Improved menu user interface
* EN-EL9 Lithium-Ion battery (7.2V, 1000 mAh)
* New stabilized AF-S DX 18-55 mm kit lens

tapi semuanya tu hanya tinggal kenangan....isk3...

beberapa malam yang kelmarin(sembrono btol ayat..) sorang member aku ajak ke suatu function kat BP,minta tolong amek pict majlis tu,so kawan2 punya pasal takde hal laa,tolong pe yang termampu...majlis tu ok jer,dapat lee snap beberapa pict atas permintaan tuan tanah kedaung....dalam jam 10.30 gitu da blah...singgah jap kat masjid BP solat isyak,kot lewa2 nanti kat rumah jadi malas plak...dek kerana terlalu yakin bahawa dengan senya ini adalah kawasan masjid,dengan selambanya juga aku biarkan D60 ku kat dalam kereta member aku tu,bawah seat belakang...dengan hati yang tenang,pergi menghadap kepadaNYA...
namun ketenangan tu tak lama sekembalinya ke kereta didapati(ayat skema...) cermin kereta da kena pecah!!! KEJADAH!!!


memang gelabah giler kitorang jadinya at that time!!! shelake mana plak wat dajal gini,brengsek!!! terasa lemah satu badan bila tengok cermin kereta da terbarai gitu!!! mulanya ku cuba kontrol diri gak tapi lama-lama meletus gak aura dalaman ni...segala sumpah seranah terhambur masa tu tapi nak wat cmna kan,benda da jadi...tapi... kamera aku tuuuu beb...D60 tuuu... >rm2,xxx melayang gitu jer...mujur aku sempat keluarkan memori kad & bagi pada kawanku,kalau tak menjawab laa dengan tuan tanah kedaung...nasib2....
pastu wat repot polis...cong ceng cong ceng lebih kurang....tapi ku tau...tu just cam 1 prosedur biasa yang perlu gak dibuat...dan aku tau gak...takkan dapat semula harta aku tu....hampeh...




RIZORM23: tak kira laa mana2 now ni daa memang tak selamat,silap2 boleh "selamat" harta kita...hampeh...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

mak oh mak...


alkisah,kelmarin aku secara tak sengaja membantu kawanku yang da nak kawin gi menghantar kad jemputan pada kawan2 lama 1 skul dulu...aku bantu as driver & tunjuk jalan rumah kawan2 yang lain je...bagus gak ku ikut sama ni,dapat gak jumpa kawan2 yang da lama tak ketemu,best tol rasa...
tapi aku betul2 terima kejutan bila semua kawan2ku masing2 da berganda saiz kapasiti badannya! hinggakan ada 1 insiden di mana member ku yang nak kawin ni tersalah sangka pada si kawan ni; dia sangkakan yang muncul di muka pintu tu mak kepada kawan kitorang tapi rupa2nya itulaa orang yang kami cari...mujur aku dari awal2 da perasan kerana boleh detect dari gaya senyumnya,yang aku tak tahan tu member aku ni siap panggil makcik & salam cium tangan lagi dengan kawan ni...berdekah aku ketawa pastu dalam kreta!!!
anyway,aku gak yang still maintain body gaya gini ( asal sihat sudah...) tapi takpe laa yang penting korang semua daa "selamat",buat member2 girl; untung laa korang da gitu pun masih disayangi lagi,alhamdulillah,tu menunjukkan kasih bukan dinilai dari luaran but from the inside... lewat gak balik malam tu tapi mujur sempat tengok "NUR KASIH" hohohohohoooo...

keesokkan harinya,masa sedang sarapan bersama mak,aku pun saja buka story laa apa yang ku lalui semalam,saja borak2 kosong,tentang kawan nak kawin,itu laa ini laa rancak bual gitu haa..mak ku rilex jer dengarkan...tapi bila ku stop jer,dengan tenangnya mak bertanya; "along bila lagi,nak tunggu sampai bila...?"
Peargh...serius beb,aku betul2 terpempan jap dengan soalan tu,langsung tak dapat nak kata apa masa tu...mak jarang bicara bab2 hati ni tapi bila "muncul" memang "lempoh" laa aku dibuatnya...maaf mak,buat masa ni along takde lagi jawapan bagi persoalan itu...aku da rasa cam dalam drama plak pagi tu tapi mujur konversasi itu tak berlarutan apabila tepon mahal aku tiba2 berbunyi( saved by the phone...),panggilan dari sorang member...





RIZORM23: "belum ada jodoh" & "tiada jodoh";kan dua hal yang memang berbeza tu...


Ada lagi Di Sini! Teruskan...

MENCIPTA LOGO (TUTORIAL 10)

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak mencipta logo yang menarik.

1) Buka satu fail baru dengan ukuran 300 px x 200 px dan pilih Elltiptical marquee Tool untuk melukis satu bentuk bujur dan penuhi ia dengan warna ungu seperti berikut:

2) Kemudian bina satu lagi bentuk bujur yang serupa dengan kedudukan dibawah sedikit dari bujur yang pertama. kali ini "disimbahkan" dengan warnah putih.

3) Kini pergi ke palette layer dan klik butang kanan tetikus untuk memilih "duplicate layer". Di layer yang baru ini dengan bantuan Magic Wand Tool , pilih kawasan yang masih bertanda purple itu. Setelah dipilih anda klik Edit -> Copy diikuti dengan Edit -> Paste. Ada dua lapisan purple di situ dan dengan bantuan peralatan Move, klik di kawasan purple itu untuk mengalihkan salah satu daripada lapisan itu kebawah sedikit.

4) Selepas itu dengan Magic Wand tool pilih kawasan purple yang bawah diikuti dengan Edit -> Transform -> Rotate 180.
5) Kemudian ambil Text Tool dan pilih fon dan saiz yang sesuai dengan warna emas (#a78d33) serta taipkan perkataan di tengah lingkungan.
6) Di palette layer dengan tetikus di layer Teks pilih blending option dengan setting berikut.

7) Sekali lagi memilih blending option kali ini untuk Inner Glow

Anda boleh mengubahsuainya atau menambah rekabentuk sendiri berdasarkan keinginan anda seperti menambah motto dan sebagainya.


(AKAN DATANG:MENCIPTA LOGO 2)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

BACK TO WORK...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

TRIP TERJAH...!

it's all start with a quick,short chat last friday eve with a friend;zie viva (xde kaitan dgn zee avi)...yang bermula dgn...;

riz: assalammualaikum....
zie viva: waalaikumsalam...
(pastu kitorang bebel3 lebih kurang...)
zie viva: ko nak ikut x? tapi ku x paksa...
riz: gi mana?!
zie viva: perak!!!
riz: hooohhh!!! jauh nuuuunnn?! jap...
(setelah memikirkannya selama lebih kurang 14minit 7saat..)
riz: erm ok laa,boleh laa kot...lagipun bukan selalu kan bla bla bla bla...(merepek...)

maka petang tu bergegas ku packing pe patut,capai je pe yg dapat,dalam kepala sambil pikir kijer giler yg aku nak buat ni...sungguh ke ni?! aaaahhhh belasah jelee,ku pun bukan selalu gi tripping ni,nak gak tengok2 "tempat orang",amek jele peluang yang ada ni (tanpa niat nak amek kesempatan...)

kitorang gerak dari shah alam seawal jam 7pagi dengan mata yang masih kelat tak heeengat...namun dek kerana semangat berkobar2 yang telah terpupuk sejak azali lagi membuatkan aku tetap gagah menghadapinya!!!

(driver & co-driver lepas solat,amek nafas jap kat masjid sabak bernam)


apa yang buueeestnya trip ni ialah aku dapat lee merasa drive kreta baghu(hohohooooohhh)...tapi yang tak berapa nak bestnya ialah;aku da berkurun tak drive kreta auto...yeee,ku tau konfem korang kata small the pieces tapi mujur dalam masa 2minit aku mampu kawal keadaan...tanpa disedari da pecut >120km/j....lebih kurang 3-4jam tiba sri manjung,perak...alhamdulillah selamat tiba,syukur giler aku!!!

aku tumpang stay kat rumah zie viva's brother dengan gaya segan silu,malu2 siput...kalau ikutkan memang da terbayang bantal peluk,selimut segala tapi da menumpang tu wat lee gaya orang menumpang kalau taknak kena pelempang tentera(abang dia tentera) tapi mujur laa mereka sefamily sempoi,lebih2 lagi melayan kerenah nurin adnin,masuk ke alam baby jap...1st day just lepak huhahuha je...pusing2 tengok area setempat( tapi aku da tak berapa fokus kerana mata da naik rabak,namun ku tahan jebat!!!) malam takde aktiviti apa pun,keluar jap tengok2 area setempat tapi dek kerana keadaan yang mandom maka suram laa sikit...

HARI KE-2: PANTAI TELUK BATIK

(punya laa ramai umat hari tu,naik segan aku nak main air...)

Pantai perkelahan ini terletak kira-kira 7 kilometer dari Pekan Lumut. Merupakan pantai perkelahan yang masyhur di dalam negeri dan sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Terdapat pelbagai kemudahan termasuk chalet, mini chalet, gerai-gerai makanan, bilik mandi/persalinan awam, dewan seminar dan pusat sumber rekreasi. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sini.

(apa laa ke payah benoor aku nak senyum...aku sendiri pun naik pelik...)
alhamdulillah walaupun ia hanya sekadar a quick (the quickest trip i've ever experienced) trip tapi enjoy laa gak...rasa best jer bila lepak tempat2 cmni,release sikit tens & press yang ada...tah bila lagi ku dapat merasa camni lagi... anyway thanx so much to zie viva kerana sudi invite aku turut serta dalam trip ringkas ini...Thanks for the memories...err boleh kot dikata gitu...walaupun jauh dilubuk hati kalau boleh taknak balik dulu tapi kenangkan hal2 lain...takpe laa ada rezeki pergi lagi,maybe tempat lain plak,dengan plan yang lebih baik...

wooo yee..on the way balik,sempat lagi ku singgah toko buku,beli 2novel grafik terbaru dari gempakstarz...layaaan...

(ada minah pelik tengok aku belek2 buku aspirasi seni ni...what?! ingat guys takleh layan ke buku2 camni...sigh...)

tiba rumah terus hanyuuuuutt......



RIZORM23: rasa tak puas laa plak bila da balik...heargh...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

EFEK TEKS MENGIKUT KONTUR (TUTORIAL 9)

Di tutorial ini kita akan menyambung pelajaran bagaimana hendak mendatangkan efek pada teks dengan cara yang lebih dinamikiaitu efek teks mengikut garis kontur.

1) Buka satu fail imej sebagai latarbeLakang.

2) Cipta satu laluan (path) dengan menggunakan peralatan pen, adjustkan nodenya supaya ia halus

3) Sekarang pilih peralatan teks dan klik di laluan yang anda cipta tadi. Satu beam seperti tiang akan wujud di laluan

4) Mulakan menaip sebarang teks dan perhatikan ia akan mengikut laluan yang anda bentuk tadi

5) Pergi ke palette layer dan klik blending option dengan memilih gradient overlay dan bevel & emboss dengan setting berikut:

6) Klik OK dan satu teks yang mengikut laluan serta efek menarik telah dicipta.

7) Hiasi dengan beberapa lambang menggunakan Custom Shape Tool

8) Dengan bantuan style di blending option tadi, lakukan yang sama kepada lambang-lambang ini dan selesailah tugas kita.



(AKAN DATANG: MENCIPTA LOGO)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

EFEK TEKS CERMIN (TUTORIAL 8)

Di tutorial ini kita akan menyambung pelajaran bagaimana hendak mendatangkan efek pada teks dengan cara yang lebih menarik iaitu efek cermin atau bayang-bayang

1) Buka satu fail baru berukuran 350 px X 70 px dan di atasnya taipkan dua perkataan berasingan dan letakkan di sebelah atas sebagaimana berikut


2) Dengan mouse di palette layer, klik butang kanan pada MINDA hebat dan pilih duplicate layer


3) Sekarang pergi Menu dan pilih Edit -> Free transform. Bawa petak bebayang betul-betul dibawah ayat pertama menggunakan gerakan mouse dan untuk ketepatan akhir, gunakan kunci anak panah di keyboard.


4) Di palette Layer, pilih blending Option untuk layer ini dan pilih Gradient Overlay dengan ketentuan berikut



5. hasilnya nanda akan perolehi seperti berikut:



(AKAN DATANG: EFEK TEKS MENGIKUT KONTUR)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

Conan the Librarian


sahabatku,En. Rahim show kat aku clip ni...hooohh cam bangang tol laaa...kalau laa librarian cam ni,mampus weih,takdenya orang nak jenguk lagi ke library hahahahahahahahahartakarun....

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

BRAIN DRAIN...

lately,otak aku agak penat (eleeeehh,kijer x seberapa da kata penat,huh...),rasanya memang perlu cari 1 masa gi holiday,release TENSEN,PRESSURE tapi bila masanya laa aku nak pergi,dgn sapa,kat mana...?! banyak lg persoalan timbul pastu...hmmm...

ni antara majalah fevretku,membeleknya membuatkan aku teruja untuk pergi membawa diri menikmati keindahan alam ciptaanNYA ini...tapi tah bila masanya... (aku pilih cover sawah kerana aku suka scene sawah)

aaaahhh...kerja tak setel lagi!

~FOKUS,FOKUS,FOKUS!!!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

EFEK TEKS GELAS 2 (TUTORIAL 7)

Di tutorial ini kita akan menyambung pelajaran bagaimana hendak mendatangkan efek gelas pada teks dengan cara yang lebih menarik.

1) Buka satu fail baru berukuran 350 px X 70 px dan di atasnya taipkan satu perkataan dengan teks font Impact bersaiz 48.

2) Setelah itu pergi ke palette layer dan pilih layer tersebut, klik butang kanan dan pilih blending option.

3) Kemudian pilih Bevel dan Emboss yang settingnya seperti berikut:

4) Pilih Inner Shadow dengan setting berikut

5) Diikuti dengan Inner Glow

6) Kemudian Color Overlay

7) Yang terakhir ialah Gradient Overlay

Hasilnya anda kan perolehi satu tulisan bak kaca di sepuh begini:

(akan datang: EFEK TEKS CERMIN)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers