MENCIPTA LOGO (TUTORIAL 10)

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak mencipta logo yang menarik.

1) Buka satu fail baru dengan ukuran 300 px x 200 px dan pilih Elltiptical marquee Tool untuk melukis satu bentuk bujur dan penuhi ia dengan warna ungu seperti berikut:

2) Kemudian bina satu lagi bentuk bujur yang serupa dengan kedudukan dibawah sedikit dari bujur yang pertama. kali ini "disimbahkan" dengan warnah putih.

3) Kini pergi ke palette layer dan klik butang kanan tetikus untuk memilih "duplicate layer". Di layer yang baru ini dengan bantuan Magic Wand Tool , pilih kawasan yang masih bertanda purple itu. Setelah dipilih anda klik Edit -> Copy diikuti dengan Edit -> Paste. Ada dua lapisan purple di situ dan dengan bantuan peralatan Move, klik di kawasan purple itu untuk mengalihkan salah satu daripada lapisan itu kebawah sedikit.

4) Selepas itu dengan Magic Wand tool pilih kawasan purple yang bawah diikuti dengan Edit -> Transform -> Rotate 180.
5) Kemudian ambil Text Tool dan pilih fon dan saiz yang sesuai dengan warna emas (#a78d33) serta taipkan perkataan di tengah lingkungan.
6) Di palette layer dengan tetikus di layer Teks pilih blending option dengan setting berikut.

7) Sekali lagi memilih blending option kali ini untuk Inner Glow

Anda boleh mengubahsuainya atau menambah rekabentuk sendiri berdasarkan keinginan anda seperti menambah motto dan sebagainya.


(AKAN DATANG:MENCIPTA LOGO 2)

No comments:

Post a Comment

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers