"...Kuala Lumpur tungguuuu...!"

Alkisah,Kelab Sahabat Pustaka Perpustakaan UTHM telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara & Utusan Melayu (M) Berhad.

Straight to the point laa,malas ku nak skema2 sgt...Masuk-masuk je,tu dia haa..cam aquaria lak. Dengan aquarium yang besar.Kami sempat meninjau keadaan di dalam Pusat Sains, di mana terdapat beberapa sudut yang di bahagikan kepada beberapa tema,nak tau apa,gi sendri laa...
Then, kita masuk bahagian "Pathways To Science". Kat dalam ni, hampir semua exhibits beroperasi,diulangi;hampir semua. Seronok woo...Macam dalam Petrosains pun ada(tapi ku rasa Petrosains lagi gerek laa) . Macam2 benda boleh dicuba. Kami masuk gak kapal selam. Actually it’s a 3D but tak nampak pun mana spec 3Dnye...habis penig jadinya masing2. Masuk dlm kapal selam tuh, kerusi pun gerak-gerak.

Di dalam Pusat Sains ini terdapat satu ruang legar di mana akan di adakan Pertunjukan Sains.Lokasi ini agak istimewa kerana keadaannya di bawah kubah yang besar. Jadi jika kita hendak membuat ucapan atau taklimat, suara kita akan bergema dengan kuatnya tanpa menggunakan pembesar suara. malahan jika anda menghentakkan kaki sekalipun, bunyi hentakan itu akan kedengaran sangat kuat.
Moga, dari lawatan pendek ke Pusat Sains Negara ini, dapat menambahkan minat pelajar-pelajar kita terhadap bidang sains seterusnya dapat melahirkan saintis-saintis Islam yang berperibadi Muslim di kalangan mereka ini, insyaallah. Ameen.


~Tapi lawatan ni tak laa berakhir di situ sahaja,ada lagi...tungguuuuu....

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

PERTANDINGAN BOWLING KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM telah menganjurkan Pertandingan Bowling seperti dibawah:

Acara : Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM
Masa : 08.30 mlm( ye laa sgt...)
Tempat : Pusat Bowling Pacific Mall@BP mall

Semua pasukan telah bersiap sedia dengan pengalaman,semangat jitu dan kemahiran masing-masing bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung malam itu.
(seboleh2nya aku tak nak tunjuk skill ku malam ni,tapi terpaksa gak lee tayang)























Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~ALMOST ALICE

Pada tahun ini,ALICE IN WONDERLAND muncul semula di bawah terbitan Disney dalam filem live action Disney Digital 3D malah lebih seram kerana Tim Burton memang feymes dengan gaya filemnya yang creepy & giler2 cam Edward Scissorhands(1990),The Nightmare Before Christmas(1993),Ed Wood(1993),& lain2...saksikanlah dunia Wonderland yang berbeza!!!

Filem ini merupakan kesinambungan novel “Alice’s adventure in wonderland” & “Through the looking-glass” karya Lewis Carroll. “AIW” bermula dengan Alice,19tahun,menghadiri majlis keramaian tak lama lepas kematian ayahnya.

Majlis tu sebenarnya majlis pertunangan yang dirancang oleh ibu & kakaknya sendiri. Ketika dilamar,Alice ternampak seekor arnab.

Dalam kekeliruan,Alice lari meninggalkan majlis & ikut arnab tu sehingga laa ia masuk ke dalam sebuah lubang,membawanya ke Wonderland- tempat yang pernah dilawati masa kecil dulu. Sang arnab bagitau hanya dia je boleh hapuskan Jabberwock,raksasa yang mengawal kerajaan Red Queen.

Ratu berkepala besar ni menghidap tumor sehingga menyebabkannya hilang kawalan terhadap emosi sendiri. Merupakan karakter gabungan Red Queen & Queen of Hearts.

Karakter aneh penuh dramatis ni sering menimbulkan detik2 janggal buat Alice. Namun dia bukan musuh. Dalam filem ni White Queen tak boleh berjalan cam orang biasa tapi terapung!

Si pembuat topi untuk White Queen & ada sesuatu yang menyebabkan dia jadi “tak siuman”. Mad Hatter memang menantikan kedatangan Alice sebab Alice satu-satunya kawan yang dipercayai. Sebab tu gak dia sanggup melindungi Alice biarpun mempertaruhkan professionnya




RIZORM23: antara sebab mesti tonton:-
-arahan Tim Burton(memang tekenal dengan stail "gilernye")
- Johnny Depp skali lagi bawa watak giler!!!
- Anne Hathaway yang kiut giler,mata galak plak tu huu!!!(dalam film nie cam lagi terserlah)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers