Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes IPTA ke-30


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi penghormatan menjadi tuan rumah Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30,Sabtu 9 Julai.

Penyampaian watikah tauliah itu disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 14 IPTA akan ditauliahkan dalam majlis tersebut.

Program yang diatur pada hari itu adalah Perbarisan Pentauliahan Diraja yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA.

~Alhamdulillah,aku diberi peluang untuk sama-sama menjayakan acara gilang-gemilang ini. Tugas ku sebagai fotografer bersama dengan beberapa orang lagi yang lebih pakar dalam bidang ini. Dari event ini,banyak gak benda yang aku pelajari,kiranya berbaloi-baloi lee...


Pict.kredit to naseribrahimphotography​.blogspot.com

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Dholan-dholan...

Alahai tertinggal plak pasal kisah ni…

Pada 29 April-1 Mei yang lepas,my beloved wife buat trip untuk anak-anak muridnya. Wife ku ni cikgu Pendidikan Khas,so spesel kes laa sikit bebudaknya gitu… Aku da tentu laa ikut sama,gi merayau beb,sapa yang taknak ikut huuuu… walaupun pada dasarnya masa ni belum gi honeymoon lagi tapi pada aku dapat gi berjalan-jalan sama dengan wife ku camni pun da kira ok laa…

Ku tengok bebudak ni semuanya bersemangat sungguh nak gi trip ni;mereka akan di bawa ke Petrosains,Suria KLCC…dek kerana dulu aku dah pernah gi,so takdelah terlebih excited,tapi yang buat aku rasa nak melompat kegembiraan bila dapat usya Kinokuniya!!! Peargh memang heaven laa tempat tu bagi ulat komik cam aku ni huuu… Pastu mereka di bawa ke Aquaria ( ok,kat sini aku ada jakun sikit bila tengok macam2 living creature dalam tu ).

Ok,but not that’s all folks…trip tak berakhir di situ saja…perjalanan masih jauuuuuuuhhhhhh….

The main place we’re visiting is Cameron Highland,teruja sungguh aku!!! Maklum laa tak pernah jejak ke sana… Punya laa sejuk peargh…mujurlaa ada heater untuk mandi…kitorang stay kat Sekolah Convent Cameron Highland. Selama 2 hari banyak laa gak tempat yang kitorang gi,tapi masing-masing lebih focus pada shoping je…aku taktau nak beli apa,last-last beli Cap je and buah tangan sesikit haa ngeee….

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Sorotan Half Year...

Peargh…jap je da setengah tahun,tahu-tahu je da nak puasa lagi haa.. lama tak update blog dek kerana kebizian yang melanda;half a year macam-macam da jadi dalam hidup aku,walaupun pada asasnya biasa-biasa saja… now aku just nak wat sorotan je apa yang da berlaku sepanjang setengah tahun ni…tapi takde la menarik sangat…just untuk dikongsi bersama…

~Tanggal 4 Februari 2011~

Hari Pernikahanku. Giler aahhh aku jadi laki orang haa..cam tak caye je rasa…akal senteng lagi tapi jadi laki orang;ish ish ish…punya laa selamba aku ni,sebelum nikah tu,aku rasa kalau orang lain da tentu libang-libu jadinya,tapi entah kenapa aku agak rileks masa tu,lepas solat Jumaat siap boleh gembala kambing jap,maklum laa majlis akad lepas asar so ada laa waktu lagi..tenang sungguh ku rasa bila tengok kambing-kambingku rancak meragut huuu….

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis kami berdua!


~Tanggal 17-21 Februari 2011~

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke 16

Tak sampai dua minggu usia perkahwinan,aku da “merayap”…honey moon pun postpone ngeee…. Hinggakan Pak Mertuaku kata “orang sekarang baru-baru kawin kok da tinggalkan isteri,” err nak buat cmana Pak,seruan tugas( tugas laa sangat ) ngee. Team aku terdiri daripada member lelayang yang setia sejak dulu lagi; Rais dan diketuai oleh Cikgu Yaakob Ibrahim. Da lama penglibatan kitorang,sejak tahun 1999 lagi,dulu ramai giler team tapi now hanya segelintir yang masih meneruskannya. Tahun ni kitorang sertai pertandingan dalam bahagian Rokkaku Korporat. Cabaran memang hebat,team lain pun tak kurang powernya. Dilakukan dalam 2 peringkat saringan dan akhirnya final. Dalam saringan pertama team kitorang dapat no.2 dan 2nd dapat 1st. Giler ahh dapat masuk final. Tapi sayangnya on last day,dek kuasa Tuhan,angin langsung takde menjadikan pertandingan cam hampeh. Team we all dapat no.5( boleh laa dari langsung takde nombor ). InsyaAllah tahun depan kitorang cuba untuk yang lebih terbaik.


~Tahun "Mengawan"~

Cuti-cuti kali ni gak menyaksikan deretan para sahabatku menamatkan zaman kegersangan mereka. Alhamdulillah,sampai gak jodoh korang hohohohooo...moga kita sama-sama dapat mewujudkan sebuah family yang bahagia insyaAllah...


~Tanggal 7-9 Jun 2011~
Langkawi

Alhamdulillah dapat gak gi honeymoon ngee.. Dapat plak jemputan gi bersama pasangan pengantin baru gak;Amer & Suzana( kakak angkat wifeku ). plak tu tempat tinggal disponsor oleh kenalan mereka,lagi laa shoooowww!!!

~Tanggal 27 Jun 2011~
Komik KOMSAS

Jangan tanya apa KOMSAS tu sebab aku pun tak tau...sigh... Setelah berbulan-bulan memerah otak dan kerahan tenaga,at last siap gak komikku hasil usaha sama dengan kawanku;Kolin Lazuardi. Dia yang mencadangkan untuk meng"komik"kan naskah bacaan dalam pembelajaran untuk sekolahnya,mudahkan pelajar faham katanya. Alhamdulillah dapat gak setelkannya walaupun hasilnya takdelah sebaik mana...
Soooo..that's it for the half of the year. Antara benda yang ku lalui,tapi ada gak bebenda lain tapi next time jele... Now nak setting gear untuk amek pict majlis-majlis keraian plak...aduhai...life's goes on...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers