~Dugaan Terbaru Si Mamat Besi...


IM2 mengisahkan tekanan yang dihadapi Tony Stark apabila didesak agar berkongsi rahsia teknologi ciptaanya dengan Kerajaan. Maklumlaa daa dia sendiri memandai2 dedahkan identiti superheronya,maka kesudahannya ramailah yang datang mengganggu. Namun,Stark menolak cadangan itu dengan alasan risau teknologi tersebut jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab. Stark & rakan2 pun tubuhkan pakatan menentang ancaman.




Tony Stark/Iron Man
Pemilik Stark Industries,jutawan genius yang beridentitikan Iron Man secara terang-terangan,suka berfoya2 tapi baik hati & berniat melindungi dunia daripada kejahatan.








Kolonel James Rhodes/War Machine
Sahabat baik Stark yang sentiasa bersabar dengan perangai gila2 kawannya itu. Kali ini Rhodes berpeluang berganding bahu bertempur di samping Iron Man.








Ivan Vanko/Whiplash
Anak saintis Russia yang menggunakan teknologi yang hampir serupa dengan Iron Man. Menjadikan Stark sasaran utama.










Justin Hammer
Seteru perniagaan Stark yang menghasut kerajaan agar memaksa mamat genius tu menyerahkan rahsia teknologinya.








Nick Furry
Pengarah S.H.I.E.L.D. yang mendekati Stark dengan harapan dapat merekrut dia dalam projek Avenger Iniative.











Natasha Romanoff/Black Widow
Pengintip S.H.I.E.L.D. yang menyamar sebagai pembantu Stark.Hot & Spicy!!!







Ada lagi Di Sini! Teruskan...

"...Kuala Lumpur tungguuuu...!" (2)

~Yaaa seterusnya kami mengunjungi Utusan Melayu (M) Berhad...

(sibuk btol laa...enterframe saje...)

Haa pada sape2 yg rasa masih mampu menguasai bahasa jawi,masih kenal huruf,sila laa baca pe yang tertera ni...


Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat percetakan Bumiputra yang dapat bertahan sehingga sekarang.Semua peserta diterangkan tentang proses operasi dari mula sehingga proses pencetakan
dan melihat sendiri bagaimana operasi mereka berjalan. Peserta juga telah diberitahu tentang peranan jualan iklan yang membantu kepada ‘survival’ sesebuah syarikat percetakan. Bila masuk je ruang kerja mereka,nampak je cam rilex & tenang tapi saban hari mereka berdepan dengan "timeline" yang agak ketat...asal pandai handle job,konfem laa takde hal punya laa kan...
(original copy!!!)
Habis je touring Utusan,ingatkan dapat laa merayo kemana-mana...haghaaaammm...terus balik laa pulak...tapi sebelum naik bas,ku terdengar suatu bidasan pedih;
"suma suda tengok,suma suda amek gambar tapi takda sapa mau amek gambar saya..."

Peargh! Bisa gak beb dia punya ayat...bergegas aku nak bergambar dengannya walaupun dia kata just kidding & cuba menolak,tapi pujuk baik punya nak gak dia haa...
(so sorry laa Uncle,lain kali datang lagi we all kasi amek pict you banyak2 laa...)

cheif d'mission: dek kerana landasan masa kita da tergelincir dari yg sepatutnya,terpaksa laa kita terus bergerak pulang...!!!

(Hampeh...hancur harapan nak shoping...sigh...)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

"...Kuala Lumpur tungguuuu...!"

Alkisah,Kelab Sahabat Pustaka Perpustakaan UTHM telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara & Utusan Melayu (M) Berhad.

Straight to the point laa,malas ku nak skema2 sgt...Masuk-masuk je,tu dia haa..cam aquaria lak. Dengan aquarium yang besar.Kami sempat meninjau keadaan di dalam Pusat Sains, di mana terdapat beberapa sudut yang di bahagikan kepada beberapa tema,nak tau apa,gi sendri laa...
Then, kita masuk bahagian "Pathways To Science". Kat dalam ni, hampir semua exhibits beroperasi,diulangi;hampir semua. Seronok woo...Macam dalam Petrosains pun ada(tapi ku rasa Petrosains lagi gerek laa) . Macam2 benda boleh dicuba. Kami masuk gak kapal selam. Actually it’s a 3D but tak nampak pun mana spec 3Dnye...habis penig jadinya masing2. Masuk dlm kapal selam tuh, kerusi pun gerak-gerak.

Di dalam Pusat Sains ini terdapat satu ruang legar di mana akan di adakan Pertunjukan Sains.Lokasi ini agak istimewa kerana keadaannya di bawah kubah yang besar. Jadi jika kita hendak membuat ucapan atau taklimat, suara kita akan bergema dengan kuatnya tanpa menggunakan pembesar suara. malahan jika anda menghentakkan kaki sekalipun, bunyi hentakan itu akan kedengaran sangat kuat.
Moga, dari lawatan pendek ke Pusat Sains Negara ini, dapat menambahkan minat pelajar-pelajar kita terhadap bidang sains seterusnya dapat melahirkan saintis-saintis Islam yang berperibadi Muslim di kalangan mereka ini, insyaallah. Ameen.


~Tapi lawatan ni tak laa berakhir di situ sahaja,ada lagi...tungguuuuu....

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers