~Girl's Enemy

Eargh...lamanya tak update blog...alhamdulillah slow2 aku dapat rilexkan minda ni dari terus diliputi perasaan libang-libu tak tentu hal... Apa-apa hal pun,aku now lebih fokus pada kijer and hari di mana tibanya aku akan diijabkabulkan dengan cik tunangan( my beloved gitu ). Pressure semakin dirasai,mungkin begini laa apa yang dirasai oleh kebanyakan mempelai yang telah selamat berlayar. Err..aku yang terlepas feri... Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar je,berkat usaha dan kesabaran pelbagai pihak (TQ kepada cik tunangan yang memahami diri ini kerana kekalutan diri...sigh..)
Namun cam biasa laa aku bukan nak membebel pasal persiapan majlis aku tapi berbalik kita mem"fokus" pada tajuk entry kali ni...yaaa kenapa sedemikian rupa...?

Aku: Bro,now aku da jadi perhatian umum,lebih2 lagi girl...(sambil tersengih)
member: Poraahhh!!! Berangan laa lu..pasai pa plak depa nak amek port kat ko?
Aku: pasai aku nak kawin ni laa...ramai betul cemuih sama ku...
Member: awatnya jadi lagu tu?
Aku: err tak,bukan lagu...camni...
(maka bermula laa sessi bercerita dan bebelan kitorang)
member: laa awatnya hang wat lagu tu...?
Aku: ...Entah...
Yaa bukan salah mereka untuk mengatakan aku "tak guna","pemusnah impian","hampeh"@ segala apa caci-makian pun...terpulang atas diri mereka sendiri untuk kata apa pun...lagipun mereka hanya mendangar sebahagian dari kisahnya,ora opo laa kalau camtu...

Namun,biar laa aku juga sampaikan kisah dari belah aku gak,bukan niat nak bagi "nampak" diri ni betul,tak...sesekali tak camtu,tapi just nak bagi clear sikit untuk yang diluar sana tentang apa sebenarnya telah berlaku...

Seingat aku sepanjang aku bersama A(as kawan,tak lebih dari tu) tak pernah sekali pun aku mengungkapkan kata-kata indah lagaknya seperti pasangan yang sedang berkasih-kasihan...(tapi kasihan laa kalau A rasa camtu). Jauh sekali untuk melafazkan ungkapan "sayang". Aku juga tak pernah menjanjikan apa-apa harapan untuk serius dalam "perhubungan" yang blur tu...memang tak dinafikan dengan jayanya aku kerap keluar dengan A (da orang ajak keluar,ikut jele...) sedikit sebanyak dapat laa gak mengisi masa terluang ngeheheheheee... :-)
Ramai gak lee yang terserempak dengan kitorang,apa saja yang mereka kata aku hanya mampu tersengih dan senyum(blur)...

Selamanya mengenalinya,sedikit sebanyak tau gak lee apa yang tengah di alami dek minah ni,masalah kasih tak kesampaian dengan "kawan" ye gak tapi masih dalam "perhubungan"...panjang kisahnya,kalau korang tengok kat blog A dan blog mamatnya,si E,memang laa korang akan cepat faham apa yang ku nyatakan di sini,apa yang sedang mereka lalu...alahai feelingnyeee... Si A akan sesekali bercerita perihal si E pada ku,suatu hubungan yang aku anggap tak tau mana penghujungnya,maybe hanya mereka yang tau. So kenapa aku perlu mewujudkan hubungan dengan si A ni pula? Ofkoss laa tak kan...

To Ikin Izam; ye ko boleh kata "tak guna",rasanya terma tu yang paling tepat. Tapi aku akan rasa lagi tak guna kalau aku menjebakkan diri dalam perhubungan dengannya. korang tak tau camana jalan ceritanya,apa yang telah aku ketahui walaupun singkat je kitorang "berkawan".

Well,silap aku gak tak memberi kata putus dan kau hanya tau tiba-tiba aku da engaged
(dengan kerelaan hati) .Tapi da beberapa kali gak aku bagitau jangan menyimpan apa-apa perasaan 2 harapan antara aku dan kau...sebab tu aku tak mudah untuk untuk meluahkan perasaan,lebih-lebih lagi pada ko,A.









P/S : Saya budak jahat,TQ... :-)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~APOLOGIZE...


~Huuuaaaarrrggghhhh lamanya tak update blog merapu ni…nak kata busy,x laa sibuk sgt…dari mula merisik “buah hati,pengarang jantung,intan payung terjun” hinggalah ke majlis pertunangan beberapa bulan lepas memang diri ni lebih focus pada hal yang di lalui tu,nak bagi lancer n terbaeeekkk…

Ok laa straight to d’point,memang agak lama diri ni mengabaikan blog ni tanpa terlintas nak jenguk2 barang seketika..tapi ku tak risau sebab ruangan merapu ni aku beri kepercayaan bersama kepada seorang kawanku ( kawan laa sgt…sigh ) untuk memerapukan lagi blog ni…ye,aku suka kawan dgn ngko,mat tapi tak sangka plak ngko blh wat naya sama aku camni( ngko mmg shelake,mat… )

12 Ogos 2010 bersamaan 3 Ramadhan 1431H,aku dapat mel pada FB ku yang sekaligus buat aku tepuk dahi on d’spot…”bala apa plak pagi2 pose ni?!”… Terima kasih banyak pada saudara Adam Johari yang “mensound” aku,kalau tak sampai bila pun aku taktau apa yang mamat ni da wat kat blog aku ( ngko mmg shelake,mat… ). Terus aku tengok blog n sekali lagi tepuk dahi on d’spot;memang terkejut dengan apa yang da terjadi,tension gak pagi2 pose kena camni( ngko mmg shelake,mat… )

Kat sini aku as tuan punya blog ingin meminta maaf kepada semua atas apa yang telah terjadi,sungguh memang aku terkejut bila cek-cek balik ada beberapa post gak yang mangkuk ni copy bulat2 dari blog orang lain( ngko mmg shelake,mat… )…buat busuk blog aku je…selama ni aku percaya je apa yang dia wat,percaya laa sangat haa kan da kena( ngko mmg shelake,mat… )

Again,from the bottom of my heart,to all,saya meminta maaf atas apa yang telah terjadi dan ia takkan berlaku lagi di masa-masa kelak…and from now on,lebih baik aku handle sorang je blog ni,biar laa apa orang nak kata;best@tak,lama@sentiasa update,lebih puas hati…sigh…


Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Dugaan Terbaru Si Mamat Besi...


IM2 mengisahkan tekanan yang dihadapi Tony Stark apabila didesak agar berkongsi rahsia teknologi ciptaanya dengan Kerajaan. Maklumlaa daa dia sendiri memandai2 dedahkan identiti superheronya,maka kesudahannya ramailah yang datang mengganggu. Namun,Stark menolak cadangan itu dengan alasan risau teknologi tersebut jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab. Stark & rakan2 pun tubuhkan pakatan menentang ancaman.




Tony Stark/Iron Man
Pemilik Stark Industries,jutawan genius yang beridentitikan Iron Man secara terang-terangan,suka berfoya2 tapi baik hati & berniat melindungi dunia daripada kejahatan.








Kolonel James Rhodes/War Machine
Sahabat baik Stark yang sentiasa bersabar dengan perangai gila2 kawannya itu. Kali ini Rhodes berpeluang berganding bahu bertempur di samping Iron Man.








Ivan Vanko/Whiplash
Anak saintis Russia yang menggunakan teknologi yang hampir serupa dengan Iron Man. Menjadikan Stark sasaran utama.










Justin Hammer
Seteru perniagaan Stark yang menghasut kerajaan agar memaksa mamat genius tu menyerahkan rahsia teknologinya.








Nick Furry
Pengarah S.H.I.E.L.D. yang mendekati Stark dengan harapan dapat merekrut dia dalam projek Avenger Iniative.











Natasha Romanoff/Black Widow
Pengintip S.H.I.E.L.D. yang menyamar sebagai pembantu Stark.Hot & Spicy!!!







Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers