~FAITHFUL...

"Cintailah dia sepenuhnya, Tapi tak salah menceriakan diri dengan meminati yang lain, Sebagai kawan mahupun peminat, Adakalanya perasaan ini cepat bosan dengan hanya seorang, Ceriakan hidup dengan perkara baru, Tapi yang seorang itu kekalkanlah."

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SENARIO H.S.A...

Minggu ni agak meletihkan & busy bagi aku (tapi xleh nak keluh)... Mak ku terpaksa dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan kerana serangan strok@angin ahmar(pada awalnya tak begitu serius)! Rabu,9/10,dibawa ke hospital BP tapi malam tu gak dah kena bawa ke HSA,JB... Menjajar laa gak seharian aku sefamily urus apa yang patut! Memang tak sangka mak akan kena lagi buat kali kedua... tapi kali ni kitorang(aku,ayah & adik aku) cuba kawal keadaan sebaiknya...lagipun semua lelaki,ada hal2 yang menghadkan tindakan kami,tu payah bila "takde" beradik pompuan...sigh...

2malam mak ditahan kat I.C.U.. Mulanya dikata akan dibuat Minor operation;bapak aku memang tak setuju,bangkang habis! Tapi mujur lepas Scan kali ke-2,tak perlu bedah...syukur... Aku sambil2 lihat keadaan persekitaran;yang masuk situ memang lee rata2 kes berat semua! 2hari kat situ,2orang gak lee jiran sama wad dengan mak ku yang meninggal dunia,tau2 da selubung sedara tu,aku hanya mampu doa yang terbaik buat mak...

Hari ke-3 mak dipindahkan ke wad Neurologi plak lepas keadaan mak agak terkawal...tapi dalam tempat tu pun masing2 masalah lebih kurang sama je...Ayah & aku bergilir jaga mak dari sehari ke sehari...

Ada beberapa insiden yang berlaku sepanjang aku di sana;da nama pun hospital kan...ketika aku duduk2 di ruang legar HSA,tiba2 aku dikejutkan oleh tangisan seorang boy,aku cuba amati apa yang berlaku,saudara-mara cuba tenteramkannya... Maknya meninggal dunia,aku ingat lagi makciknya gitau dia;"takpelaa,bia mak "pergi",redha,daripada mak terus tanggung sakit camtu...redha ye..."
aku betul2 tersentuh,hiba,kenang nasib family aku plak camna...sungguh,aku belum bersedia kehilangan orangtua aku...dan aku terus berdoa moga Dia terus melindungi mak...

Semalam plak Sultan Johor datang HSA,buat check-up kot...yang 'eskot' takyah cakap laa,berderet...tapi ku cuma amek pict kreta jelee,kot amekpict dia depan2 nanti kena lempang plak tak pasal2...

Tak lama lepas sultan berangkat balik,hujan,ada plak insiden lain...

Ntah apa ke gilanya sorang india ni,da laa tak reti sabar,main hon2 dalam area HSA...tapi tak lama pastu dapat "balasan"!! Tang selekoh boleh plak dia bawa laju2,haaa kau,devider tu gak ko sauk!!!! kalut gak tengok mamat tu....mujur tak melibatkan sebarang kemalangan jiwa(ayat skema)

well,sebenarnya,aku tak dapat nak fokus sangat dengan apa yang aku lakukan buat masa ni,just harap agar ALLAH sembuhkan kembali mak...



RIZORM23: kat sini aku cuma nak kata;

1-Terima kasih buat mereka yang memahami situasi yang aku hadapi,terima kasih banyak2 bagi mereka yang mendoakan agar mak ku cepat pulih;

2-Maaf buat CheguPK,HARO,JuliSensei kerana tak dapat join aktiviti korang hari tu,bukan niat taknak campur korang tapi dalam keterpaksaan,ku terpaksa,maafkan aku sekali selagi,sahabat;I'll join U guys next time,insyaALLAH!

3-Buat team futsal;CONGRATS!!!! Aku da jangka kita akan menang besar lagi tahun ni!!! walaupun kali ni aku tak dapat nak turut serta...(aku doa dari jauh,berkat kot...hahahahahaaaa berkat laa sangat)

4-Terima kasih kepada semua yang membantu kami sefamily disaat kami benar2 memerlukan tak kira dari segi tenaga,wang ringgit dan juga masa...kalu tak betul2 memang susah nak cari orang,minta tolong bila kita dalam kesusahan...may ALLAH bless you all with a prosperous life here & hereafter....

5-Lastly,serius,aku akan terajang tepat2 kat muka kalau aku jumpa orang yang buat kurang ajar dengan parents mereka,lebih2 lagi pada mak mereka!!! berani,cubalah!!!

6-ERR..2nd Lastly,paling boring bila dalam situasi camni pun sedara aku boleh timbulkan isu kawin...sigh...macam laa boleh setelkan masalah,kot "bini" aku tu kelak tak sanggup nak sama2 jaga mak aku camna...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~INCOMPLETE...

Tatkala aku tengah melayan ketepuan otak ku ngadap pc kat tempat kijer,tiba2 ku terjumpa suatu forum permasalahan...berikut adalah masalah yang diajukan kepada "pakar perunding" tersebut;

"SAYA gadis yang baru memulakan kerja di sebuah syarikat swasta. Saya ada teman lelaki sebaya dengan saya. Kami berkawan sejak sekolah menengah dan usia percintaan kami sudah menjangkau enam tahun.

Masalah saya ialah saya malu dengan badan teman lelaki saya yang kurus dan tingginya pula sama dengan tinggi saya. Saya tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.

Dia terlalu baik pada saya. Sepanjang percintaan kami, tidak pernah dia mengambil kesempatan, saya juga sayangkan dia cuma segan bila mengenangkan faktor saiz badannya yang terlalu kurus dan kecil.

Kadangkala saya jadi terlalu segan bila ada kawan-kawan mengejek setiap kali kami keluar bersama-sama.

Bantulah saya Cik X, macam mana saya nak hadapi masalah ini kerana dia terlalu baik dan saya tak tahu macam mana nak buang perasaan malu ini."
Maka dijawab laa permasalahan si minah ni;antara yang dikatakan oleh "pakar" ni;
  • Kunci kejayaan hubungan cinta ada dua iaitu kejujuran dan kesetiaan,
  • Seseorang itu tidak kisah apa kekurangan atau kelemahan pasangannya,
  • Pastinya dia kecewa jika tahu hakikat kekasihnya malu dengan tubuhnya yang kurus.
  • Disuruhnya minah ni putus & cari lain,yang body sasa tapi jangan kesal apabila jadi kegilaan ramai plak laki tu kelak
  • lumrah kehidupan dan masalah akan terus timbul selagi manusia lebih mengutamakan kecantikan dan kemewahan materialistik dalam menjalin percintaan, dan bukannya kepatuhan terhadap agama, sebagaimana dinasihatkan Rasulullah SAW.
Dan ada beberapa berjelaan lagi kata2 dari si "pakar" ni...

Aku teringat sorang member ku pernah menyatakan dalam SMSnya;
" kalau dah suka kat seseorang tu,tak timbul soal sempurna@tak,kerana kita sendiri akan saling melengkapi bagi wujudkan kesempurnaan tu..."

erm...aku da merasai sendiri camna yang dilalui mamat tu; camna orang malu dengan penampilan diri kita,awek2 pun segan nak rapat walaupun niat di hati hanya untuk berkawan,aku sedar lee camna diri ku ni...aku taknak hipokrit,taknak jadi yang bukan diriku sendiri,bukan bermakna aku tak berubah dari dulu cuma fizikalku je yang tak menampakkan sebarang perubahan...da memang kurus nak buat camna lagi,kan...bukan aku tak makan,kalau korang tengok aku makan pun boleh jadi ngeri dengan tahap kebolehanku me"lenyaplangsung"kan segala menu yang terhidang...anyway,tepuk dada tanya selera kita camna tapi kalau itu taste kita tapi bukan taste orang tu...takde maknanya...


RIZORM23: "kenapa kurus sangat,sakit ke? saya kesian tengok kan..." ~ aku hanya mampu tersenyum :-) ...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers