~SO CALLED YEAR END PICNIC


Bagi mengakhiri kegiatan pada tahun 2012 dan kerna duit grup pun agak buuuaaanyaaakkk maka sepakat laa semuanya untuk berjimba-ramba…  tiap bulan memang ada buat kutipan dan inilah masanya untuk dipergunakan,tapi idok lee semuanya sekaligus… terdapat beberapa tempat telah dicadangkan untuk pergi tapi dek beberapa faktor yang tak dapek dielakkan ke Bekok  je tempat untuk beriadah…
Pemergian kali ni kiranya just sebagai testing je dulu,sebab tu laa masing-masing pergi secara "bujangan" je hehehe...ke sana pun just nak release tensen hujung-hujung tahun,eratkan lagi ukhwah bak kata member ku...



 

InsyaAllah pasni cadang bawa family plak bersama,konfem lee lagi meriah...err silap-silap yang mak bapak tu sibuk jaga anak time main air jele hahahaha...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SUCI DALAM DEBU...


Masih ingat lagi suatu ketika dahulu,terbitnya suatu bentuk pendakwahan tak nyata dalam bentuk majalah kartun...tentu ramai masih ingat dengan majalah LANUN yang dicetuskan oleh kartunis lagenda,Ujang...memang best Lanun tu walaupun time tu tak dapat nak miliki tiap bulan,al-maklum laa masih dok study skul lagi...

Now aku dapati Publisher pun da pandai nak tarik minat golongan muda khususnya untuk lebih mendalami ilmu agama,dengan gaya lebih santai... Kini kartun tidaklah hanya dilihat sebagai medium hiburan kosong semata,malah dijadikan antara cara pendekatan yang baik,baguih dok ado...


Ni antara naskah-naskah bijak yang diterbitkan dengan niat cuba untuk menerbitkan bibit-bibit keinsafan dalam diri...Satu pendekatan dalam mempelajari Islam dengan mudah dan santai. Butir-butir hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim disampaikan dalam bahasa komik yang menarik,ditambah dengan contoh cerita yang sinonim dalam kehidupan masyarakat kini... Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan benda-benda camni yang setidak-tidaknya berfaedah gak...



P/S ; harap banyak lagi naskah-naskah sebegini terbit...



Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~DON'T TRY,DON'T KNOW LAA...


 Bila da berumahtangga ni,aku dapati diri makin kuat makan walaupun kadar tumbesaran tidaklah giat. Tapi bukan laa itu yg ingin digemburkan... Frankly speaking,cik puan suka masak-masak & mencuba sesuatu dishes yang baru,sebelum ni tak pernah dibuat,aku plak memang suka mencuba bab-bab masakan ni,so layan jele...tolong pe yang patut...among the thing's we've made;

~Caramel Puding

~Sausage Bread

~Shepherd Pie

~Cream Puff

~Mooooorrree Cream Puff

~Tepung Pelita & Cokolat

 ~Pizza...(the mostly thing i make...)

~Custard Puding...



P/S; also,when u get married,u'll get free facial treatment from her...but to me it's hurt...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~FOR A LIFE...


Apabila Pi & keluarganya cuba nak pindahkan haiwan dari zoo di India ke Kanada,entah camne kapal mereka tenggelam di tengah lautan Pasifik. Namun nyawa Pi masih panjang. Dia terselamat dalam sebuah perahu...bersama-sama orang utan,zebra,dubuk, & harimau Bengal bernama Richard Parker!

Novel “Life Of Pi” (2001) pernah memenangi anugerah Man Booker Prize for Fiction (2002),Boeke Prize(2003) & Asian/Pacific American Award for Literature (2001-2003)
Pada peringkat awal,Ang Lee (pengarah)terpaksa “berjuang” habis-habisn dengan 20th Century Fox apabila studio tersebut ingin membatalkan LOP sebab kos penggambarannya yang tinggi.

Pi meniru gerakan Richard Parker di atas perahu...


(sumber : GEMPAK)

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Krrriiiinnggggg...Krrriiiinnggggg...Krrriiiinnggggg

~ Sekali lagi ku dalam dilema...belenggu ini tiap tahun dirasai...lebih-lebih lagi selepas Ramadhan amat mudah bagi diri ini menjadi begitu kerempeng...namun untuk menjadi gagah berisi semula amat laa payah huuu...da banyak Open House dah diserbu dan makan lain dijamahnya bila Syawal menjelma...
P/S :...tapi orak opo laa,bak kata arwah mak,asal sihat cukup laa..erm...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Pox...pox...pox...


Kebosanan melanda yang amat bila benda ni terjebak ke atas diriku ini...sebelum ni pernah terfikir gak kot cmana laa kalau ku terkena benda alah ni...
Di usia menjangkau penuaan ini laa ia berlaku,tak pernah ku amek MC cuti lama-lama...tapi nak buat cmana kan,kena banyak rest jele...tapi mujur gak ia tak terlalu menyerlah seperti orang-orang lain yang pernah ku lihat terkena...mujur gak mukaku tak terjejas ngeee....
membantu laa cik wifeku menjaga dri ini...hehe TQ lee bebanyak...err tapi now selepas 2 minggu ku pulih,wife ku plak yg terkena...( ntah dari mana je dapatnya sakitnya tu... )

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~SANG KALA DI LANGIT BIRU…(AGAIN…)


Yeeezzzzaaaaa… buat kesekian kalinya kitorang menceburkan diri dalam Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2012 ke-17. Cam tahun sudah,dalam kategori Rokkaku korporat laa yang kitorang sertai. Sebelum meyertai pertandingan ni,beberapa kali gak training kat tempat kijer aku,mujur tempat pun luas & berangin so mudah lee nak layangkannya.

Festival kali ni agak berbeza pada pemerhatian aku. Berbanding dengan kerancakan gerai-gerai jualan yang lebih havoc,pada awal-awal feastival cuaca agak tidak menentu. Kekurangan angin membantutkan banyak acara,lalu terpaksa dipinda dari sehari ke sehari. Ini termasuk lee bagi kategori yang kami sertai. Bak kata pelayang dari Perlis;bukan angin takde tapi kurang... ia sekaligus merencatkan aktiviti pelayang2 untuk menunjukkan ke"best"an layang-layang mereka. Terutama bagi foreign kiter. Lebih memburukkan keadaan apabila suatu petang telah berlakunya ribut-ributan yang menerbangkan kanopi yang menempatkan para peserta antarabangsa. Keadaan agak panik gak masa tu. Ia berlaku pada petang hari jumaat. Mujurlah ketika perasmian oleh tengku mahkota johor keadaan agak baik walaupun suasana mendung.

Pertandingan bagi rokkaku korporat hanya dapat diadakan pada pagi sabtu;saringan bagi menentukan yang layak ke final. Alhamdulillah team kitorang berjaya ke final. Kesemuanya ada 27team yang menyertai pertandingan bagi kategori ini. Ia melibatkan badan2 korporat,majlis2 perbandaran/bandaraya,dan kelab2. Final pada tengahhari ahad. Itupun kami dah bersedia dari pagi lagi,menanti kot-kot angin ada bagi membantu dalam pertandingan ini. Tapi sudahnya terpaksa gak bermain seperti tahun lepas gak;berlari-larian keliling padang,sapa last jatuh dia win... Alhamdulillah team kitorang dapat laa no.3 untuk tahun ni!!! hohohoo macam tak caye je haa...berkat hasil usaha,siap tergolek2 lagi aku masa game... Next year insyaAllah cuba lagi untuk dapatkan yang lebih baik!!!
~lepas game,walaupun pancit kepenatan masih mampu tersenyum kegirangan...






Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~100% GEMPAK STARZ EVENT

Bertempat di Sungei Wang Plaza,buat julung kalinya aku menghadiri acara dwi-tahunan ini...agak teruja gak lee!!! Selama ni takde peluang pun untuk gi,Alhamdulillah kali ni berkesempatan. Berlangsung selama 3hari,acara-acara yang disusun atur agak menarik;dengan hari pertama je da ada pertandingan cosplay ( alaaa yang dress ikut gaya cam kartun2 tu...). Agak awal gak laa ketibaan kitorang kat sana,majlis belum mula tapi da agak meriah... selama ni aku memang antara Kipas-Susah-Mati mereka ni,dari terbitan 1st lagi ku da terjebak hingga laa ni...

Pada awalnya aku memang teruja bila dapat tahu ia akan diadakan,disogok pula dgn "iklan-iklan" dari majalah mereka,dengan adanya booth-booth para kartunis mereka...tapi bila tiba disana,just agak terkilan sebab area agak kecil so tak laa besar sgt booth mereka...tapi boleh la dari langsung takde...



Overall ok laa...next time ada lagi nak gak kitorang dtg serbu lg...err dengan bawa lebih banyak ongkossnya ngee... Tapi dalam pertengahan bulan Disember ada plak Comic Fiesta kat Suria KLCC...
...tapi tak dapat gi sebab ada kursus anjuran tempat kijer aku plak...sigh...takpe laa ada masa kelak InsyaAllah berkesempatan...

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~OBSESSION...

~Usya...Cari...Beli...Ngadap...Kumpul... Usya...Cari...Beli...Ngadap...Kumpul... Usya...Cari...Beli...Ngadap...Kumpul...

Entah kenapa sejak da berumahtangga ni makin galak plak aku membeli komik dan yang sewaktu dengannya... now aku da macam terlalu obses untuk memiliki tiap keluaran baru yang muncul...

Surely,memang lee terdapatnya unsur pembaziran tapi nak buat camana kan...diriku terlalu obses dengan medium tersebut...err lagipun kan bagus menerapkan nilai-nilai suka membaca...(walaupun sekadar bahan picisan...).

Kalau ikutkan;dan aku sendiri menyedari;dulu aku bukannya tak membeli bahan2 sebegini tapi kurang,Cuma now semakin aktif... Mujurlah tiada sebarang tentangan dari pihak wifeku ngeee...lagipun dia dan abang iparku gak kaki komik,so kira sama2 boleh layan lee kalau buka story pasal Naruto contohnya hohohohooo...

Maybe ekonomiku now sedikit baik & selesa membuatkan ku terus dengan kegiatanku ini...lagipun now da kawin jarang-jarang lee nak keluar(kadang-kala malas sebab da penat kijer) so lepak2 lee kat rumah...sebahagian cara untuk aku rileks...

Pernah gak dulu ada yang mengatakan komik untuk budak-budak but i don't think so...mentaliti kena ubah laa beb...komik pun sekarang da ikut edaran masa,juga menjadi medium dalam pengajaran & pembelajaran now..(merepek sungguh aku...). Tapi terpulang lee pada persepsi masing-masing...ideologi berbeza... aku suka bila bukan aku saja yang punyai minat sedemikian,malah ramai lagi dikalangan kawan-kawanku yang juga sama layan benda-benda gini...bestnyaaaaa huhahehooooo...

Err tapi yang aku gusarkan...mungkinkah anakku kelak akan punyai minat terhadap apa yang aku laburkan ini...?! huuu...


p/s: takpe laa nak,belajar laa pandai2,lebih pandai dari bapak ye...?!





Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Phandroid...

Ok,for sure kalau bini aku tahu pasal benda ni konfem dengan jayanya aku kena tadah ayat-ayat sadisnya… maunya tak,tak sampai setahun dengan tepatnya baru 3 ½ month tukar Hp,laa ni da btukar lagi… Sebelum ni aku guna Blackberry Curve 9300 3G tapi aku tak dapat nak menserasikan diri dengan benda tu walau da cuba dengan sedaya upaya… so aku nekad untuk bertukar lagi,well aku kiranya agak pantang gak dengan gajet-gajet ni…kot ada yang baru keluar,mula teruja… So now maka mula laa diriku ini berjinak-jinak dengan dunia android huhuhuuuu…kopak-kopak… Pada mulanya aku dalam dilema gak dalam pemilihan sama ada HTC Wildfire S @ Samsung Galaxy Ace S5830 ni... Setelah mengambil kira beberapa faktor,usya sana-sini,minta pendapat kawan-kawan maka aku On je dengan yang ini...sigh... Apa-apa pun Phone ni punyai pemproses yang lebih cepat,skrin yang lebih besar berbanding Wildfire S,mode sedia yang lebih lama dan tak ketinggalan juga kelihatan lebih "Sleekier" ngeee....





Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Ramadhan...

Alhamdulillah… ketemu lagi diri ni dengan Ramadhan yang mulia;Mubarak Ya Ramadhan!!! Well ni tahun first bagiku berpuasa sebagai pasangan suami isteri,harap lebih diberkati pada bulan ini… menjelang ramadhan,3 hari sebelum ketibaannya,aku gi Perak bersama dengan wife,pak and mak mertuaku. Gi melawat abang ipar ku yang akan menerima kelahiran anaknya yang ke-5. Due nye pada 1 Ogos(1 Ramadhan 1432H). Kakak iparku terpaksa jalaninya dengan cara Caesarean dan Alhamdulillah berjalan lancar,dapat baby boy di hari first Ramadhan. Blessed Ramadhan… Anyway, apa yang aku harapkan agar ramadhan kali ini lebih bermakna buat diriku,dan da tentu laa makin kerempeng jadinya diri ini yang da sedia krempeng…sigh…




p/s; aku suka lawak Lambok!

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes IPTA ke-30


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi penghormatan menjadi tuan rumah Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30,Sabtu 9 Julai.

Penyampaian watikah tauliah itu disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 14 IPTA akan ditauliahkan dalam majlis tersebut.

Program yang diatur pada hari itu adalah Perbarisan Pentauliahan Diraja yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA.

~Alhamdulillah,aku diberi peluang untuk sama-sama menjayakan acara gilang-gemilang ini. Tugas ku sebagai fotografer bersama dengan beberapa orang lagi yang lebih pakar dalam bidang ini. Dari event ini,banyak gak benda yang aku pelajari,kiranya berbaloi-baloi lee...


Pict.kredit to naseribrahimphotography​.blogspot.com

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Dholan-dholan...

Alahai tertinggal plak pasal kisah ni…

Pada 29 April-1 Mei yang lepas,my beloved wife buat trip untuk anak-anak muridnya. Wife ku ni cikgu Pendidikan Khas,so spesel kes laa sikit bebudaknya gitu… Aku da tentu laa ikut sama,gi merayau beb,sapa yang taknak ikut huuuu… walaupun pada dasarnya masa ni belum gi honeymoon lagi tapi pada aku dapat gi berjalan-jalan sama dengan wife ku camni pun da kira ok laa…

Ku tengok bebudak ni semuanya bersemangat sungguh nak gi trip ni;mereka akan di bawa ke Petrosains,Suria KLCC…dek kerana dulu aku dah pernah gi,so takdelah terlebih excited,tapi yang buat aku rasa nak melompat kegembiraan bila dapat usya Kinokuniya!!! Peargh memang heaven laa tempat tu bagi ulat komik cam aku ni huuu… Pastu mereka di bawa ke Aquaria ( ok,kat sini aku ada jakun sikit bila tengok macam2 living creature dalam tu ).

Ok,but not that’s all folks…trip tak berakhir di situ saja…perjalanan masih jauuuuuuuhhhhhh….

The main place we’re visiting is Cameron Highland,teruja sungguh aku!!! Maklum laa tak pernah jejak ke sana… Punya laa sejuk peargh…mujurlaa ada heater untuk mandi…kitorang stay kat Sekolah Convent Cameron Highland. Selama 2 hari banyak laa gak tempat yang kitorang gi,tapi masing-masing lebih focus pada shoping je…aku taktau nak beli apa,last-last beli Cap je and buah tangan sesikit haa ngeee….

Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers