~SANG KALA DI LANGIT BIRU…(AGAIN…)


Yeeezzzzaaaaa… buat kesekian kalinya kitorang menceburkan diri dalam Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2012 ke-17. Cam tahun sudah,dalam kategori Rokkaku korporat laa yang kitorang sertai. Sebelum meyertai pertandingan ni,beberapa kali gak training kat tempat kijer aku,mujur tempat pun luas & berangin so mudah lee nak layangkannya.

Festival kali ni agak berbeza pada pemerhatian aku. Berbanding dengan kerancakan gerai-gerai jualan yang lebih havoc,pada awal-awal feastival cuaca agak tidak menentu. Kekurangan angin membantutkan banyak acara,lalu terpaksa dipinda dari sehari ke sehari. Ini termasuk lee bagi kategori yang kami sertai. Bak kata pelayang dari Perlis;bukan angin takde tapi kurang... ia sekaligus merencatkan aktiviti pelayang2 untuk menunjukkan ke"best"an layang-layang mereka. Terutama bagi foreign kiter. Lebih memburukkan keadaan apabila suatu petang telah berlakunya ribut-ributan yang menerbangkan kanopi yang menempatkan para peserta antarabangsa. Keadaan agak panik gak masa tu. Ia berlaku pada petang hari jumaat. Mujurlah ketika perasmian oleh tengku mahkota johor keadaan agak baik walaupun suasana mendung.

Pertandingan bagi rokkaku korporat hanya dapat diadakan pada pagi sabtu;saringan bagi menentukan yang layak ke final. Alhamdulillah team kitorang berjaya ke final. Kesemuanya ada 27team yang menyertai pertandingan bagi kategori ini. Ia melibatkan badan2 korporat,majlis2 perbandaran/bandaraya,dan kelab2. Final pada tengahhari ahad. Itupun kami dah bersedia dari pagi lagi,menanti kot-kot angin ada bagi membantu dalam pertandingan ini. Tapi sudahnya terpaksa gak bermain seperti tahun lepas gak;berlari-larian keliling padang,sapa last jatuh dia win... Alhamdulillah team kitorang dapat laa no.3 untuk tahun ni!!! hohohoo macam tak caye je haa...berkat hasil usaha,siap tergolek2 lagi aku masa game... Next year insyaAllah cuba lagi untuk dapatkan yang lebih baik!!!
~lepas game,walaupun pancit kepenatan masih mampu tersenyum kegirangan...






Ada lagi Di Sini! Teruskan...

~Road to Happiness

Daisypath Anniversary tickers